Sila klik link bawah...

Thursday, May 31

Riadah Waktu Cuti Sekolah di Gunung Lambak, Kluang

Salam buat semua, 
Pagi semalam Nur dan anak saudara sempat meluangkan masa beriadah di Gunung Lambak.  Sebenarnya kedudukan Gunung Lambak ni memang dekat sangat dengan rumah bonda, memang kalau ikutkan boleh pergi setiap pagi. Pada setiap hujung minggu, kawasan rekreasi ini penuh dengan pengunjung. Ada yang membawa anak2 untuk mandi-manda di kolam renang yang disediakan dengan sedikit bayaran. Ada juga pengunjung yang datang untuk berjogging, berbasikal, melakukan senaman tai chi dan tak kurang juga yang berniat untuk mendaki Gunung Lambak. Laluan untuk ke puncak tidaklah berapa sukar, namun adalah dinasihatkan agar pengunjung menggunakan kasut yang sesuai kerana keadaan jalan yang licin. 

Ini adalah sebahagian daripada gambar sepanjang pendakian kami berdua yang bermula seawal jam 8.00 pagi.



Kedai makan yang berhadapan kolam air bersebelahan tempat parking kereta.




Aktiviti senaman tai chi oleh kaum ibu keturunan Cina. 


Ada pengunjung yang turut beriadah menggunakan basikal.



Kolam renang yang sepi, maklumlah jam baru menunjukkan jam 8.13 pagi. 


Anak saudara Nur, Uddin yang jadi peneman.



Aktiviti santai oleh warga emas. Bagusnya mereka membaca buku di kaki Gunung Lambak.



Jambatan gantung..


Pada yang gayat, boleh lalu di laluan bawah yang akan melintasi anak sungai.


Laluan bersimen untuk ke puncak Gunung Lambak.


Air terjun yang mendamaikan..



Sukanya berada di sini.. Jiwa rasa tenang melihat keindahan alam.






Wah.. sejuk melihat air terjun yang mengalir.. Tak sangka pula kamera compact Nur boleh merakamkan gambar ni... Untuk pengetahuan anda semua, kesemua gambar2 dalam entri ni langsung tidak diedit.


Tenang dan damai..

p/s : Lihat entri2 Nur yang lepas, semasa mendaki Gunung Lambak. Klik SINI

Bersambung...


12 comments:

  1. waktu duduk parit raja dulu, agak jarang sanagt pergi ke kluang..takpe,lepas ni ank2 dh besar,maybe boleh pergi ke gunung lambak pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Kamalia : Oh rupanya akak pernah duduk di Parit Raja. Takpe, bila2 pun akak pun datang.. Jangan lupa bawa baju spare ye, mana tahu anak2 akak nak bermandi-manda..


      Intan Berlian : Memang cantik.. Pernah datang tak??

      Delete
  2. Best nya Nur makan angin. Dok berangan gak ni nak gi picnic ujung minggu ni.... harap2 jadi.
    Pengat keladi baru tadi di hidangkan... sila2 lah menjamu mata...ala2 sempoi jer...hehe. Masih dok teringat keladi goreng yg Nur buat tu....hmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Alongroz : Alahai kak... takde piknik pun.. Saje beriadah sikit keluarkan peluh.

      Best tengok pengat tu.. Dah jamu mata pun.. hehe. Nanti akak cubalah buat ye.. :D

      Delete
  3. salam knal nur~ wahhh mndamaikan sgguh air trjun tu eak.. dr sni traser sejukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. eRiNsZ : Salam perkenalan juga... Betul tu, sejuk memang airnya.. :) :)

      Delete
  4. Sambil mengeluarkan peluh dapat menikmati keindahan alam semula jadi. Gambar air sungai boleh guna shutter speed perlahan untuk mendapatkan kesan jaluran air yang cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara AkuBiomed : Setuju sangat.. Saya tak guna DSLR pun.. Tq sebab beri tips tu.. :)

      Delete
  5. Bestnyee....I love this kinda place cuma masa nak pegi setiap hari tu susah..penuh jadula keja...cuma hujung minggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak UmmiRosma : Betul tu sis. Memang sesekali kena pergi ke tempat2 macam ni untuk menenangkan fikiran dan beriadah. Anak2 akak mesti suka dapat mandi-manda dan bersantai.. Kalau cuti hujung minggu tu akak berehat la sekejap, ambil angin... Ok sis, take care ye. Jangan stress2 tau.

      Delete
  6. tapi sekarang sayangnye tempat ni dah kotor..dicemari oleh monyet2..sampah sarap...amat menyedihkan sbg org Kluang nak ke sana...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...