Sila klik link bawah...

Wednesday, June 6

Aktiviti Anak2 Saudara Musim Cuti Sekolah

Salam buat semua,
Apa khabar semua? Anda semua dah menikmati juadah makan tengah hari? Pada yang belum, jangan makan lewat sangat takut nanti perut masuk angin.

Hari ni keluarga abang Nur dan pun selamat pulang ke Kuala Lumpur. 3 hari mereka menghabiskan cuti di kampung. Riuh rendah rumah bonda di kampung dengan gelak dan tawa anak2 saudara. Zikry, Zameel dan Zafry memang gemar bergurau semasa mereka.. Kadang kala kakak sulung mereka, Zahra pun jadi mangsa usikan mereka. Semalam, kami menghabiskan masa bermandi-manda di Diamond Hill Resort, Padang Tembak, Kluang bersama anak2 kakak.

Seronok benar mereka bila dapat mandi-manda di sana sampai tak nak balik. Bayaran yang dikenakan untuk orang dewasa ialah RM6 manakala kanak2 pula ialah RM4. Tak larat rasanya kakak ipar Nur nak menjawab soalan anak kecilnya yang bernama Zafry. Setiap masa dia bertanyakan bila hendak membawa dirinya mandi di kolam renang. Sabar je lah...

Kepada Abang kedua Nur dan isteri,
"Happy 14-th Anniversary.. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina beroleh kebahagiaan yang berkekalan hingga ke syurga."

Bulan 9 nanti bertambah lagi ahli keluarga mereka, kerana kakak ipar Nur akan melahirkan anak kelimanya, Insya-Allah.

Inilah beberapa gambar yang boleh dikongsikan untuk tatapan anda semua.



Diamond Hill Resort.


Anak2 saudara Nur.. Anak kakak dan abang kedua.


Buah tangan dari kampung kakak ipar.


Menikmati menu bersama2. Mee kuning tu pula menu sarapan semalam. 


Ok jumpa lagi di lain entri.. Wassalam.

8 comments:

  1. Cuti sekolah ni bdk2 yg paling happy...

    ReplyDelete
  2. assalam nur..masa cuti sekolah ni atuk dan nenek pun suka sebab ada anak cucu balik dan keriuhkan suasana dirumah..seronok bila dah ramai2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Acik Erna : Wslm kak.. Memang kak.. riuh rendah rumah dibuatnya.. :)

      Delete
  3. sedapnya manggis!!
    seronok kalo jadi cikgu..dapat cuti lama2 jugak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prettywrite : Lama memang tak dapat makan buah manggis... Hmm seronok cuti lama.. tapi sambil cuti perlu siapkan menanda kertas periksa..

      Delete
  4. Cuti sekolah riuh dengan budak-budak. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Azrin : Cuti sekolah memang ditunggu2.. :D

      Delete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...