Sila klik link bawah...

Wednesday, June 6

Bunga Orkid

Selamat petang semua.
Kali ni Nur nak kongsi gambar bunga orkid di halaman rumah bonda yang satu lagi di Kluang. Abah Nur memang gemar bercucuk tanam terutama disekitar halaman rumah. Ada sahaja pokok2 bunga hiasan yang ditanamnya sewaktu abah Nur sihat. Sekarang abah Nur dah uzur, dan hanya mengharapkan anak2nya dan menantu yang menjaga pokok2 bunga hiasannya. 

Gambar bunga orkid ni diambil pada 1 Jun 2012. Bunganya masih belum berkembang lagi.




Bunga orkid yang sedang berkembang.. Nur hanya perasan tengah hari tadi (6 Jun 2012)


Cantiknya... Macam nak petik je..




Hanya tinggal satu sahaja pokok bunga orkid yang tinggal.


8 comments:

  1. salam nur.. terima kasih singgah beri kata semangat pada akak ye.. baru sempat membalas.. suka juga orkid tapi susah nak jagakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Juwita : wslm kak.. Sama2 kak :)

      Memang susah.. Kalau suruh Nur yg tanam, confirm mati bunga tu.. Ni pun tinggal 1 pokok je.. Mana ntah yg lain2.. Abah Nur dah tak larat nak menjaganya..

      Delete
  2. guna baja apa...yg spray ke yg biji2..?
    orkid akak dah bertahun tak diberi baja...kejam ,kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Kamsiah : Tak sure pula baja apamm tapi macam baja biji. Dengar org kata, memang kena letak baja dulu barulah pokok tu berbunga.. Hehe.. Lepas ni akak gi beli baja tau!!

      Delete
  3. As'Kum Nur akak suka orkid tapi tak reti jaga heehee.. pernah beli tapi perlahan-lahan dan lahan... terus keringgggg hadoii.. tinggal satu aje.. kat atas sabut tergantung tu pun orkid hutan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Shahriah : Wslm Kak Sha.. Samalah dgn Nur.. Ermmm akak kena letak baja dan siram selalu.. Kena letak tempat redup. Ok la tu ada juga 1, Nur takde satu pokok pun.. Lagi haruuuuu.. :(

      Delete
  4. Dulu saya ada tanam pokok orkid hutan didalam halaman rumah tidak pernah berbunga. Kemudiannya saya pindah ke luar rumah dah biar ia hidup dengan pokok diluar. Tidak lama selepas itu keluar bunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Azrin : Mungkin dia tak cukup udara segar kot.. Tu yg dia merajukk.. Hehe ;)

      Delete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...