Salam buat semua,
Apa khabar? Maaf sangat2 sebab semalam memang tak sempat blogwalking rakan2 dan membalas komen2 anda. Petang semalam Nur sempat bertemu dengan pemenang "My Birthday Giveaway 2012" iaitu Kak Mia Liana. Pertemuan ni tidak mengambil masa yang lama memandangkan Kak Mia baru sahaja lepas pulang dari tempat kerja dan Nur pula perlu bergegas untuk melawat anak saudara, Huda yang sakit di Hospital Columbia Asia Nusajaya. Kami sempat bersembang pelbagai topik dan antaranya sudah semesti tentang dunia blogging. Banyak info yang Kak Mia kongsikan dan sememangnya Nur belum arif lagi mengenainya. Kehadiran anak Kak Mia Liana, iaitu Sofea sangat menceriakan suasana.
Oklah Nur kongsikan gambar ketika pertemuan tersebut.
Inilah hadiah buat Kak Mia. Ada extra gift yang Nur beli di Ayer Hitam tempoh hari.
Kenangan ketika pertemuan kali pertama dengan Kak Mia. Kredit buat suami Kak Mia Liana yang bertanggungjawab merakamkan momen ni.
Kak Mia Liana yang baik dan peramah serta mudah mesra.
Geram sangat dengan Sofea yang comel dan mirip anak saudara Nur, iaitu Humaira. Cuba anda lihat entri ni dan entri ini mereka agak mirip bukan.
Sofea kata.. "Auntie, Sofea nak siram bunga ni boleh tak?"..
Comelkan.. Sofea sememang petah bercakap dan juga mudah mesra seperti ibunya juga.
Berpeluh juga Nur dan Kak Mia masa cuba mengambil gambar Sofea. Inilah gambar terbaik darinya.. Sangat susah nak mengambil gambarnya yang aktif dan unexpected.
Mungkin ini bukan pertemuan kali pertama dan terakhir untuk kami. Nur ada plan seterusnya yang lebih besar lagi. Harap2 dapat kerjasama dari rakan2 blogger lain. Nur nak berjumpa juga dengan rakan2 blogger yang rapat iaitu Kak Zakie, Kal Sal, Rina AVAIL @ Cik Betty, Ayu Citarasa Rinduan,Gadis Bunga dan Kak Yatie (Sinar Kehidupan). Mereka ini semua duduk di sekitar Skudai.
Akhir kata, moga ukhuwah yang terjalin antara kami berpanjangan dan Kak Mia Liana suka dengan hadiah pemberian Nur tu. Petang ini nak jumpa Kak Ida (1001 resepi) yang anjurkan wowww 1001 giveaway untuk menghadiri makan malam di Restoren Rebung, Bangsar milik Chef Ismail. (Jika anda terlepas untuk membaca, sila klik ENTRI NUR dan ini pula ENTRI KAK IDA).
Semua bloggerr yang dijemput oleh beliau sangat teruja nak menanti saat itu dan Kak Ida merangkap penganjur juga teruja sama, anda boleh lihat di SINI
Doakan perjalanan Nur ke Kuala Lumpur ye. Tapi sebelum tu pagi ni nak kena bersiap ke sekolah kerana ada aktiviti ko-kurikulum dan Mesyuarat Panitia.
Credit picture HERE
Semua bloggerr yang dijemput oleh beliau sangat teruja nak menanti saat itu dan Kak Ida merangkap penganjur juga teruja sama, anda boleh lihat di SINI
Buat Kak Ida,
Tak sabarnya nak jumpa akak.. Nak sembang lama2.. Terima kasih kerana menggembirakan kami semua (10 blogger bertuah). Hanya Allah yang dapat membalas budi baik akak.
Doakan perjalanan Nur ke Kuala Lumpur ye. Tapi sebelum tu pagi ni nak kena bersiap ke sekolah kerana ada aktiviti ko-kurikulum dan Mesyuarat Panitia.
Sekian, wassalam
slm nur..thnih berjaya
ReplyDeleteInsyaAllah..jika Allah izinkan..
ReplyDeletehehe sibuk sendiri selalu kan..
Salam Nur...bestnya jumpa rakan2 blogger.Ukhwah yg trjalain di alam maya akhirnya ke alam realitikan.
ReplyDeleteSelamat berjumpa k.kida & rakan2 yg lain ya.
Bagi sendiri hadiah kepada pemenang memberi kesan yang berlainan.
ReplyDeletesalam nur..tahniah ye! waduh jelessnye akak..moga perjalanan nur ke KL lancar ye..amin!
ReplyDeletewahhh bestnyer :) memang terjalin persahatan dan terbuktilah bwa berblogging dpt membuat kita berkawan dngn lebih bnyk org tak kiralah di alam maya ataupun realiti :)
ReplyDeletewahhhhh sweetnya entri ni..... nasib baik ada gambar sofea yang elok... terima kasih banyak2 ya nur, dah lah bagi hadiah lepas belanja kami sekeluarga. baiknya hati nur..
ReplyDeleteKak Mia, kita dah tak jealous. Kita pun dapat jumpa Kak Nur~ (^___________^) Hahaha.
ReplyDeleteseronok bila lihat blogger makin mudah bertemu dan bermesra...saya tumpang gembira melihat perkembangan sihat ni...ramai kawan bertambah...saya follow
ReplyDeleteWajah Knur dengan Kak Mia dah serupa Adik beradik..hihi
ReplyDeletewah bestnya.. sy yg baca pun rs teruja.. :-)
ReplyDelete