Salam buat semua,
Apa khabar rakan2 blogger semua? Hari ni Nur menyambung kembali catatan perjalanan sewaktu menunaikan umrah tempoh hari. Hampir 2 bulan telah berlalu, sebenarnya mengikut perancangan asal, Nur memang ingin berkongsi pengalaman sewaktu mengerjakan umrah Nur tempoh hari dengan rakan2 semua. Banyak lagi entri yang masih di dalam draf. Keterbatasan masa dan ketandusan idea membuatkan semuanya tergendala. Nur memang berusaha untuk luangkan sedikit masa untuk berkongsi kisah dan cerita dengan rakan2 semua. Memori sewaktu berada di Tanah Suci Nur kongsikan sebagai satu bentuk motivasi buat rakan2 yang lain untuk turut sama merasai pengalaman yang sama dan terdorong untuk menunaikan umrah juga. Andai rakan2 semua dikurniakan rezeki yang lebih, pergilah ke sana. Tak usah bertangguh dan berfikir terlalu lama untuk membuat keputusan. Allah tentunya akan mempermudahkan semua urusan hambaNya yang ingin membuat kebaikan. Percayalah jika kita bersungguh-sungguh, semuanya akan jadi mudah dan lancar, Insya-Allah.
Kali ini, Nur berkongsi kenangan sewaktu Nur dan jemaah umrah yang lain ketika menziarah Jabal Uhud. Di sinilah berlakunya satu peperangan yang bersejarah iaitu Peperangan Uhud. Di sini jugalah letaknya makan bapa saudara Nabi Muhammad SAW, Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib yang telah syahid di dalam peperangan tersebut.
Sayup kelihatan Bukit Uhud.
Pemandangan sekitar Bukit Uhud ini Nur rakamkan dari tempat parking bas.
Jemaah2 umrah sedang mendengar penerangan daripada para mutawif masing2.
Bergambar kenangan sebelum meneruskan pendakian ke Bukit Uhud.
Gambar di atas ini merupakan jemaah umrah daripada Indonesia. Mereka berpakaian seragam berwarna kuning dan sangat mudah untuk dikenali.
Panas terik mentari pada waktu tengah hari tidak mematahkan semangat para jemaah umrah yang datang berziarah untuk merasai sendiri pengalaman mendaki Bukit Uhud. Sekitar kawasan ini sememangnya terkenal dengan kebanjiran penjaja barangan yang bukan sahaja terdiri daripada penduduk tempatan, malah dari kalangan warga asing.
Pelbagai jenis barangan yang dijual.
Pemandangan sekitar Bukit Uhud.
Lihatlah betapa ramainya penjaja yang mencari rezeki di sekitar kawasan Bukit Uhud.
Subhanallah.. Syukur Alhamdulillah, akhirnya Nur telah menjejakkan kaki ke tempat yang penuh sejarah ini dan ku bersyukur padaMu Ya Allah kerana berkesempatan untuk menziarahi bumi kelahiran Rasulullah SAW.
Semasa kunjungan ini, Nur tidak melepaskan peluang untuk merakamkan video pemandangan di sekitar Jabal Uhud. Berikut ialah videonya :
Manakala video2 yang berkaitan dengan Sejarah Peperangan Uhud dan yang berkaitan dengannya turut Nur kongsikan agar anda dapat menghayati kisah di sebalik peperangan yang penuh sejarah.
"BUKIT UHUD PENUH SEJARAH"
Ceramah Ustaz Azhar Idrus : Saidina Hamzah
Ceramah oleh Ustaz Nazmi Abd Karim : Sirah Nabi Peperangan Uhud
DOA TAUBAT NABI ADAM
Kredit gambar dari blog Prof Muhd Kamil Ibrahim >> http://muhdkamil.org/
Pasangan suami isteri ini telah menetap di Madinah dan sering mengajak insan2 di sekeliling ke arah kebaikan. Beliau merupakan isteri kepada penulis buku Travelog Haji "Mengubah Sempadan Iman" yang sekarang bertugas di Universiti Taibah Madinah. Puan Roza turut sama aktif bersama suaminya dalam kerja2 dakwah. Sumber
Insya-Allah andai ada kesempatan Nur akan sambung kembali catatan perjalanan ini untuk dikongsi dengan para pembaca semua.
Pada malam semalam, Nur mendapat perkhabaran bahawa seorang rakan Nur telah kembali ke Rahmatullah akibat terjatuh ketika mengambil wuduk. Al-Fatihah untuk arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin.
Sememangnya kita tidak tahu bila kita akan dijemput olehNya dan sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati. Semoga hidup kita ini akan lebih bermakna dan kita menghargai insan2 yang kita sayang sebelum kita dijemput olehNya.
Kredit FB
Sekian untuk kali ni. Semoga bertemu lagi di lain entri. Wassalam.
Semoga suatu hari nanti, kakcik akan sampai juga ke sana. InsyaAllah.
ReplyDeleteKakcik : Insya-Allah, mudah-mudahan impian Kakcik akan tercapai. Nur doakan juga untuk akak.. :)
Deleteterimakasih kerana berkongsi pengalaman ini.Teringin benar hati ini nak menjejakkan kaki ke sana
ReplyDeleteKak inazamri : Sama2 kak.. Insya-Allah, akak juga akan dapat jejakkan kaki ke Tanah Suci satu hari nanti.
DeleteN3 ini mengimbau nostalgia kakak ketika berada di bumi Anbiya' Nur. Sungguh berada di sana bagaikan tidak mahu kembali lagi. Indah yg tidak terkata. Kakak percaya siapa juga yg pernah ke sana bila balik akan digamit rasa rindu utk ke sana lagi...
ReplyDeleteKak Zakie : Benar kak.. Pengalaman itu takkan Nur lupakan sepanjang hayat. Seakan tak percaya.. Syukur Alhamdulillah kerana Allah beri Nur peluang untuk jadi tetamuNya dan menziarahi Bumi Anbiya' ni. Waktu berada di sana terasa tenang dan damai..
DeleteSalam Nur
ReplyDeletemembaca entry ini mengimbau hembusan rindu kepada madinah jua.
terima kasih sudi berkongsi ilmu.
Kak ummu : Wslm kak.. Sama2 kak. Moga apa yang dikongsikan beri manfaat untuk semua.
DeleteYa Allah permudahkan langkah ku untuk sampai ke Madinah ya Allah..terima kasih atas perkongsian ini..hatey semakin kuat ingin menjejak kan kaki ke sana...Alangkah indahnya Madinah...subhanallah.
ReplyDeleteCheNamNam: Amin.. Mudah-mudahan doa CheNamNam dimakbulkan olehNya..
Deletewaaaaaa, bestnya boleh g sana!!
ReplyDeletesalam perkenalan jugak!!
nadya : Salam perkenalan.. Perasaan sewaktu berada di sana,tidak tergambar dengan kata2.. :)
DeleteHarap2 satu hari saya akn jejak kaki ke sini...
ReplyDeleteIntaNBerlian : Insya-Allah, Kak Nur doakan agar Intan juga dapat jejakkan kaki ke Tanah Suci.
Delete