Sila klik link bawah...

Sunday, August 5

Apa Yang Anda Tahu Tentang Daerah Kluang?


Persimpangan Ayer Hitam



Plaza tol Ayer Hitam


Info mengenai Daerah Kluang

Kluang merupakan nama sebuah bandar dan daerah yang terletak lebih kurang di tengah negeri Johor. Ia terletak 105 km di utara Johor Bahru, tenggara Batu Pahat, barat Mersing dan selatan Segamat. Bilangan penduduk daerah Kluang kini melebihi 250,000 orang dan kawasan bandar itu sendiri mempunyai 140,000 penduduk. Koordinat geografinya ialah: 2°2′01″U, 103°19′10″T

Nama Kluang berasal daripada perkataan Melayu 'keluang', yang bermaksud sejenis kelawar besar ataupun kelawar buah. Haiwan-haiwan sebegini pernah wujud dalam bilangan yang banyak di daerah Kluang beberapa dekad yang lalu; tetapi kini hampir tiada lagi disebabkan aktiviti pemburuan dan pemusnahan habitat semulajadinya. [SUMBER]

Keluasan kawasan Majlis Perbandaran Kluang = 12,657 hektar (126.57 km per.)
- Keluasan mengikut pecahan kawasan : Bandar Kluang, Pekan Paloh, Kahang (termasuk 40 rantai Jln Mersing), Sri Lalang (termasuk 40 rantai jalan ke Ayer Hitam)




SM Sains Johor Kluang

Terdapat 2 buah sekolah berasrama penuh di Kluang.
1) SM Sains Johor, Kluang terletak di Jalan Batu Pahat.


2) SBP yang kedua baru sahaja dibuka pada tahun lepas iaitu SM Sains Semberong.
[SUMBER]



Terdapat dua gunung iaitu Gunung Lambak dan Gunung Belumut.

Nur banyak kali menulis tentang entri ke Gunung Lambak, klik di SINI


Pasar raya Econsave Kluang dibuka pada 20 Januari 2011 terletak di Jalan Mersing. Boleh dikatakan pasar raya yang menjadi tumpuan penduduk Kluang kerana barangan yang dijual di pasaraya ini lebih murah terutama makanan dan barang keperluan harian.

 Lampu isyarat yang baru dipasang di bulatan jalan Kluang-Air Hitam masih dalam tempoh percubaan.

Pekan Rabu Kluang yang sedang dalam pembinaan. Kosnya mencecah jutaan ringgit. Kompleks tiga tingkat yang akan dibina di atas tapak tanah rizab Melayu seluas 560 hektar itu akan menempatkan kira-kira 70 unit premis perniagaan [SUMBER]

Untuk maklumat lanjut, sila klik di SINI



Kilang KIMBERLY-CLARK merupakan antara kilang terbesar di Asia Tenggara terletak di Jalan Mersing.
Alamat Kimberly-clark Products (M) Sdn. Bhd.
4 1/2 km, Jalan Mersing,
 P. O. Box 91,
86000 Kluang, Johor


Dataran Tasik Kluang
Nur pernah menulis entri mengenai Dataran Tasik Kluang di dalam blog ini, sila klik di SINI


[klik pada gambar peta di atas untuk melihat dengan lebih jelas]
Sumber peta

p/s : Ada tak rakan2 yang pernah datang Kluang?
Kalau ada, rakan2 bolehlah kongsi cerita di ruangan komen ye..
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.


24 comments:

  1. Adik ipar ibu 5F brasal dr Kluang...dulu slalu juga ke sana.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak NzA : Oh rupanya adik ipar akak orang Kluang.. Sekarang kalau datang bandar Kluang dah sesak, kenderaan banyak.

      Delete
  2. Bapa ckLah orang Kluang. Dah lama tak ke sana, sebab dah tak ada sesiapa. Abang Long ckLah dulu sekolah di Sains Keluang. Sekarang dah 52 tahun umur dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ckLah : Oh rupa2nya ayah Kak ckLah orang Kluang.. Untuk pengetahuan akak, abang Long akak tu super senior Nur.. Nur sekolah di sana juga masa Tingkatan 4 dan 5.

      Delete
  3. Di Kluang ada kolej kejururawatan, kan? Kakcik pernah menghantar anak saudara untuk berkursus di sana lebihkurang 10 tahun yang lalu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik Seroja : Betul tu, memang ada sampai sekarang.. Lama betul tu..dah satu dekad berlalu.. Bila Kakcik nak datang Kluang lagi??

      Delete
  4. Dulu kakak selalu ke Kluang sebab ada rumah sewa di sana. Tapi sekarang dah jual tak pernah lagi ke sana lebih 2 tahun kakak rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zakie : Alaaa kalau akak tak jual lagi rumah tu..tentu akak datang Kluang lagi kan??.... :)

      Delete
  5. Kak ani pernah singgah di kluang lama dulu ketika dalam perjalanan ke Mersing kerana menemani cik abang kak ani yg ada mesyuarat di stesen dasar laut TM, Mersing. Satu perjalanan yg sangat jauh rasanya.

    Selepas tu bila ke Mersing lagi kerana urusan kerja cik abang juga, kami ikut Bahau lebih dekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ani : Memang Kluang bersempadan dengan 3 daerah, Batu Pahat, Mersing dan Kota Tinggi. Nur tak tahu pula adanya stesen dasar laut tu..

      Delete
  6. Nur.....akk ni nma je org Johor tp ntah berapa x pergi Kluang pun akk rasa mcm takde je. Sejak lps spm akk dah dok jauh dari johor. Tapi akk sygkan Johor, tetap di hati akk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zana@pb : Baru Nur tahu yg akak orang Johor.. Takpe kak, masing2 dah bawa haluan dan cari rezeki di negeri lain.. Mujur Nur masih bertugas dan duduk di Johor..

      Delete
  7. dulu selalu gi Kluang rumah Pakcik kat Jalan Sekolah, tapi sejak abah dah takde dah jarang pergi Kluang ni kecuali kalau ada jemputan dsb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sari Yusa : Oh akak pun ada saudara di Kluang rupanya.. Takpe, at least pernah datang sini.. :)

      Delete
  8. asslm kak Nurba...wah smgtnye bcerita psl kg kita bdua ni yer...QH pon kt kg skrg ni...abh masuk spital baru..xsihat...sok dh blk kl kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. QH : Wslm.. Tumpang sedih mendengar berita tentang abah QH. Moga abah QH cepat sembuh.. Nanti raya kalau balik kg, bolehlah singgah rumah bonda Kak Nur.

      Delete
  9. salam nur..acik kalau pi kursus di PLPP Air Hitam tu..ada jugak la jalan2 ke bandar kluang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Acik Erna : Wslm kak.. Kiranya Kak Acik pernah datang dan shopping kat Kluang.. ;) Memang ada juga rakan Nur yg kena kursus kat INTAN Kluang.

      Delete
  10. assalamualaikum Nur...menarik la dari x tahu boleh tahu daerah Kluang ni...mama pun pergi sana x selalu walaupun ada abang yg tinggal di Kluang...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Maszull : Waalaikummussalam kak.. Ala saje suka2 buat entri tentang kampung halaman sendiri.. Memang ada yg tahu tentang daerah Kluang. Kebetulan tak lama lagi musim orang balik kg untuk sambut raya.. Nak tahu juga ada tak rakan2 yg balik Kluang juga nanti..

      Delete
  11. Saya dikhabarkan kopi Kluang antara yang terbaik.

    ReplyDelete
  12. Wahh sgtinformatif hanis pernah smp sekali je kat sana...

    ReplyDelete
  13. Tak pernah sampai sana lagi ...

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum..boleh x bg sy penerangan tentang asal usul kg.tengah kluang

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...