Sila klik link bawah...

Wednesday, September 12

Jemputan Makan Tengah hari Rumah Kakak

Salam buat semua,
Apa khabar semua? Dua tiga hari ni agak sibuk sedikit. Al-maklumlah ada tetamu di rumah.
 
Hari nak kongsi gambar yang tersimpan dalam memory card kamera. Gambar2 ni diambil semasa di kampung, kakak Nur sempat menjamu kami sekeluarga dengan hidangan menarik untuk makan tengah hari.


Ini air tangan kakak Nur, Kak Lin - Ikan siakap kukus
Dia memang pakar bab kukus2 ni.. Belum sempat menuntut ilmu atau salin resepinya.. Tahu makan je.. hehehe


Siakap kukus


Sotong goreng tepung bersama tepung ubi. (Nur yang goreng bersama anak saudara, Zahra)
Mudah sahaja, salut sotong dengan putih telur dan salut dengan tepung ubi yang ditabur sedikit garam, kemudian goreng hingga kekuningan... )

 
Air asam boi


Air asam boi.


Sambal sotong bersama petai.


Taugeh goreng


Ikan sepat masak cili api bersama nenas (Menu ni kakak ipar Nur yang masak . Dia dari N9, so memang kena la..)


Sesi makan2 pun bermula


Nur sempat snap gambar anak2 saudara sewaktu menikmati hidangan. Masing2 khusyuk menikamti makanan masing2. Baju biru dari kanan tu anak kakak yang bongsu, Naqiu. Sebelahnya tu Zikry.

 
Ini Nabil..


Aksi Zafry (gigi depan baru nak tumbuh)


Zikry (Sedang menduduki peperiksaan UPSR - Good luck untuk Zikry.)


Uddin (anak kakak yang sulung)- dah bujang dah..


Zahra, Zameel dan Huda.

 
Humaira (biasalah dia dengan aksi manja.. pose ayu macam ni....)
 
 
Ok sekian sahaja untuk kali ni. Nur takde modal nak story panjang2. Seronok sangat bila dapat kumpul ramai2 dengan ahli keluarga macam ni.
 
Rakan2 semua layan gambar je ye...
 
Jumpa lagi di lain entri. Wassalam.
 

23 comments:

  1. perrgghh..sotong goreng tepung dgn sambal sotong yg tak menahannnnn tuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs Eady : Tu yg habis dulu.. memang semua suka makan.. :)

      Delete
  2. Replies
    1. Kakcik : Memang kak.. perut plak tengah lapar... :)

      Delete
  3. Kakak rasa kalau lepas-lepas raya masak macam ini lagi berselera sebab asyik kena rendang/kari bagai bila masak macam ini memang sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zakie : Sebab tu la menu2 ni dipilih. Kakak Nur memang expert masak ikan siakap kukus.. Kalah kedai makan.. masing2 meratah puas2.

      Delete
    2. Kak Zakie : Sebab tu la menu2 ni dipilih. Kakak Nur memang expert masak ikan siakap kukus.. Kalah kedai makan.. masing2 meratah puas2.

      Delete
  4. Anak saudara sy dah besar2...Weekend ni wedding anak saudara di JB. Wedding yg pertama tp bukan anak saudara yg sulong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Fabian.batrisyia : Wah sedap tu.. pekena nasi minyak.. Musim raya memang musim jemputan kahwin..

      Delete
  5. sedanya tengok semua lauk pauk tu.laparrrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak inazamri : Alahai sorry ye kak.. terbuat akak lapar.. hehe :)

      Delete
  6. assalamualaikum nur....sedap nyer menjamu selera...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak maszull : Waalaikummussalam.. memang sedap kak... liciiin pinggan hehe..

      Delete
  7. tgoda tgk siakap kukus tu...mana aci main tayang2 ni...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zurina : hehe.. ramai yg tergoda.. Minta maaf banyak2 ye... :)

      Delete
  8. bestnya nur dapat berkumpul ramai2 mcm tu..
    air asam boi memang lama sungguh tak minum..terliur tengok..ishhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Kamalia : Memang kak, susah juga nak dapat berkumpul ramai2 macam ni.. Abg duduk jauh.. Jadi ambil peluang raya ni utk buat makan2 satu family..^_^

      Delete
  9. Alaa...resepi siakap kukus tu tak der ke Nur..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aziela : Nanti Nur korek rahsia / resepi dengan kakak Nur dulu. Nanti Nur beritahu akak ye.. Harap bersabar.. :D

      Delete
  10. sedapnya (>_______<) lapar la pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suzlin : isk dah tentu punya.. Licin pinggan mangkuk.. hehe.. Sorry ye.. buat Suzlin lapar.

      Delete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...