Sebelum dibakar
Selepas dibakar di dalam oven
Salam buat semua,
Apa khabar rakan2 semua? Nur harap rakan2 semua sihat. Hujung minggu ni agak sibuk sebab Nur menerima tetamu iaitu bonda dan abah di kampung.
Hari ni nak tayang muffin coklat pula. Nur buat untuk makan2 masa hari raya hari tu. Comel tak muffin ni? Untuk pengetahuan semua resepi asal ialah untuk membuat kek, tapi Nur letakkan dalam muffin cup supaya mudah untuk dimakan. Resepi ni Nur dapat daripada rakan Nur waktu di Universiti, Rosniwati. Masa tu Nur bercuti ke rumah ibu bapanya di Butterworth, Pulau Pinang waktu cuti semester. Seronok juga masa tu ronda2 sekitar Pulau Pinang dan Batu Ferringhi. Hampir 11 tahun Nur simpan resepi ni dalam buku resepi kesayangan Nur. Teringat nostalgia zaman dulu2 waktu belajar di universiti.
Oklah tutup cerita lama.. Hari ni Nur ada mesyuarat Post Mortem PMR. Harap2 dapat balik awal sedikit.
Selamat bertugas semua.
Wassalam.
Nanti nak minta anak kakcik buatkan muffin macam tu. :)
ReplyDeleteKakcik : Beruntung akak ada anak bujang yang rajin masak..
Deleteassalam nur..11 tahun? memang betul2 lama dah simpan tu mesti sedap muffin ni..
ReplyDeleteKak Acik Erna : Kak, simpan dah lama.. tapi belum pernah cuba.. hehe
DeleteDah tentu sedap.. nanti Nur kongsi resepinya ye..
Entah bilalah kakak dapat makan makanan hasil airtangan Nur. Bukan jauh mana pun tapi susahnya nak bertemu..
ReplyDeleteKak Zakie : Tu la kak.. susah nak jumpa akak walaupun dekat. If akak datang Skudai beritahu ye.. Boleh kita jumpa. ^_^
DeleteKak Zakie : Tu la kak.. susah nak jumpa akak walaupun dekat. If akak datang Skudai beritahu ye.. Boleh kita jumpa. ^_^
Deletesedapppp!
ReplyDeleteMrs Eady : (",) Oh sudah tentu..
Deleteaslmkum nur.. akk suke mkn mufin yg panas2 yg baru kuar oven.. kt rmh akk sejak anak dah beso2 ni kurang pulak yg suke mufin.. klau buat mmg kene tunggu hari sekolah..boleh jamah kt kwn2.. selamat bermesyuarat ye..
ReplyDeleteKak dZana : Memang sedap makan panas2.. Nur kadang2 bawa ke sek bagi kawan jamah.. :)
Deleteseronoknya tgk kak nur baking2 kek ni.. terliur lak.. suka kan bila hasil menjadi.. jgn lupa share resepi tau.. nti leh la ida cuba plak...
ReplyDeleteEeda : Memang suka masak2.. Ada masa nanti akak kongsi resepi ye..
Deletemesti sedap, tgk ponw dah tau best!
ReplyDeleteKak K.A. : Kena cuba dulu, baru tahu sedap atau tak.. :)
Deletewahhh...sedap nampak...saya ni x pandai nak buat muffin bagai...hehe
ReplyDeleteCikgu Ma : Kak, mudah je kak.. Janji kat rumah ada oven. Rasanya memang sedap..
Deletecaya tak..akak x prnah buat muffin..nmpk sdp ni..
ReplyDeleteSedap dimakan masa baru keluar dari oven. Anak2 kak Zai cukup suka dengan muffin coklat,selalu buat 2 adunan.
DeleteKak W.C. : Try la kak..senang je. Nanti Nur kongsi resepinya..
DeleteKak Zaitun : Asalnya ni resepi kek coklat, Nur masukkan dalam cup muffin je. Hasilnya tidak mengecewakan.. Budak2 memang suka..:)
Makan Muffin cup bersama kopi tentu nyaman kata orang Sarawak. :-)
ReplyDeleteSaudara Azrin : Oh sedapnya.. ;)
Delete