Sila klik link bawah...

Saturday, September 22

Marilah Kita Mengejar Syurga


 
Kredit FB
 
Salam buat semua,
Apa khabar rakan2 semua? Nur harap semuanya sihat belaka dan ceria di samping keluarga tercinta. Malam ni Nur sempat blogwalking blog rakan2 blogger. Nur merasa tertarik dengan perkongsian ilmu oleh rakan maya Nur, Kak Aziela  dan ingin berkongsi dengan rakan2 semua. Nur pernah bertemu dengan beliau ketika Majlis malam Penyampaian Hadiah GA woww 1001 giveaway anjuran  Kak Ida,
 
Tazkirah ini disampaikan oleh Ustaz Abdul Hadi Kamil bin Mohd Shariff.
 
 
1) Kalau nak tolak bala, katanya tak perlulah jumpa bomoh. Sedekah seikhlas mungkin sebanyak yang mampu kerana Allah, Insyaallah Allah peliharakan kita dari sebarang ancaman. Maka dengan itu, Insyaallah panjang umur kita. Melainkan telah tertulis kita 'pergi' awal. Tapi siapa yang tahu bila hari matinya? Itu semua rahsia Allah. Kita sebagai manusia, hanya berusaha sebagaimana yang di sarankan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
 
 
2) Rasulullah juga ada menasihatkan umatnya untuk 'mengejar' syurga. Bagaimana nak dapatkan syurga? Secara ringkasnya ialah 'Amal Ma'ruf Nahi Mungkar. Amalan yang baik dan Jauhi Kemungkaran. Segala2nya haruslah disertai dengan niat kerana Allah, kerana Rasul dan kerana agama. Apa sahaja gerak dari kita, lahiriah, batiniah mahupun sekilas detik dalam hati, semuanya harus bermula dengan niat yang baik. Innamal A'malu BinNiaat. Sesungguhnya Amalan kita Dengan Niat (yang baik).

- Realiti zaman sekarang, kalau derma RM50 kedalam tabung masjid, kita rasa BESAR sangat. Tapi beli kasut kat Jaya Jusco harga RM200.00 kita rasa sangat berpatutan. Subhanallah.

Sedangkan, kata Ustaz Kamil, masa sebelum Perang Tabuk di zaman Rasulullah s.a.w. dulu, Sayyidina Abu Bakar senyap2 balik ke rumah dan bawa satu uncang berisi 40,000 dirham dan diletakkan di pangkuan Rasulullah s.a.w. Sehingga Rasulullah s.a.w. teragak2 untuk mengambilnya kerana mengethaui bahawa itu jumlah keseluruhan harta Sayyidina Abu Bakar. Bila Rasulullah s.aw. tanyakan..

"...apakah yang kamu tinggalkan untuk anak isterimu?.."

Jawab Sayyidina Abu Bakar : ".....aku tinggalkan mereka dengan Allah dan Rasulnya..."
 
*** Petikan ini daripada entri Kak Aziela  bertajuk Petua tolak bala dan panjang umur. Terima kasih banyak buat Kak Aziela di atas perkongsian ilmu ini.  Nur panjangkan entri akak di dalam blog ini.


Itu sahaja untuk kali ni. Semoga apa yang Nur kongsikan dapat memberi peringatan untuk diri Nur sendiri dan memberi manfaat untuk semua.

Selamat malam semua.

Sekian wassalam.

6 comments:

  1. Moga kita sentias terbuka hati untuk menderma..
    dan melakukan yg baik ,amin..

    ReplyDelete
  2. kita mmg bab kedekut lbih2 lgi brg sllu kita pakai kan huhu tpi pd dasarnya sedekah itu lwbih mmberikan kita rzki lebih dan berlipat kali ganda

    ReplyDelete
  3. Terima kasih perkongsiannya, betul tu.....nak derma RM2 pun liat.

    ReplyDelete
  4. kite liat nak bersedekah, padahal setiap yg kite sedekahkan tu akan dapat balasannya, even kat dunia lagi Allah akan bari ganjaran. tapi tuh la...

    kene ringankan tangan utk bersedekah kan?

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum nur...mekacih atas info ini menarik...:)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Nur. Akak pun hanya memanjangkan ilmu yang dikongsi oleh Ustaz tu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...