Sila klik link bawah...

Wednesday, November 7

Coretan Hari Ketiga

Salam buat semua.
Hari ni merupakan hari ketiga untuk Program Roboclinic SIRIM diadakan.Semalam semua pelajar dari sekolah2 yang terlibat telah mempelajari  Program C untuk membolehkan mereka membuat pengaturcaraan  (programming) komputer dan perlu mengaplikasikan untuk tugasan2 lain yang diberikan. Kerjasama dan tunjuk ajar di kalangan fasilitator2 begitu baik. Mereka juga bersedia menjawab segala pertanyaan dan membimbing pelajar2 agar mereka mahir dan menggalakkan mereka berfikir secara kreatif. Ternyata anak didik dari sekolah Nur dan sekolah2 lain juga sangat berminat dan bersungguh2 sepanjang program ini berlangsung.  Lihatlah ketekunan mereka pada gambar2 di bawah.
 
Pada pagi ini juga, Nur mendapat berita gembira kerana menerima berita kelahiran anak saudara yang ke-15 tepat jam 2.30 pagi. Syukur Alhamdulillah adik ipar Nur selamat melahirkan bayi perempuan yang sihat dan comel dengan berat 3.1kg di Kluang Maternity. Ini merupakan anak ketiga adik Nur yang bongsu. Adik kepada Nabil dan Nazmin (kalau ada yang perasan Nur sering buat entri mengenai mereka di entri2 yang lepas).
 
Oklah semua. Nur nak rehatkan diri. Maaf ye gambar2 tak sempat nak edit. Ini pun update hanya menggunakan hp je. Jumpa lagi dilain entri. Sekian wassalam.









4 comments:

  1. tahniah buat anak murid nur..
    dan tahniah u nur juga..
    anak saudara ke 15 tuuuu..
    bestnya..meriah family nur..

    alo...comel sgt tau

    ReplyDelete
  2. Boleh buat robot tentu budak-budak suka.

    ReplyDelete
  3. dah cipta berapa robot nur?...;)...pepun thniah krn dpt ahli family baru!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...