Sila klik link bawah...

Monday, November 5

Menghadiri Bengkel SIRIM Roboclinic


Salam buat semua.
Apa khabar rakan2 semua? Hari ni badan Nur agak keletihan kerana terlibat dalam Bengkel SIRIM Roboclinic Negeri Johor di SIRIM Johor, Senai. Sejujurnya Nur tidak tahu langsung mengenai robotik atau hal2 berkenaan dengannya kerana ini merupakan pengalaman pertama. Nak dijadikan cerita diriku terpilih untuk menyertai bengkel ini kerana guru yang sepatutnya menghadiri bengkel ini perlu menghadiri kursus PBS di sekolah lain. Maka diriku diarahkan oleh pihak pentadbir untuk membawa 3 orang pelajar untuk berkursus selama 5 hari di sini. Sesi hari ni bermula dengan sesi taklimat dan ice-breaking. Seorang daripada anak murid Nur tidak dapat hadir pada hari ini kerana ibunya sakit dan hanya dia seorang sahaja yang ada di rumah untuk memantau ibunya. Moga dia dapat menghadirkan diri pada hari esok. Manakala 2 orang rakannya yang juga pelajar Tingkatan 2 turut serta bersamaku dalam bengkel ini. Syukur sangat kerana ternyata mereka ini begitu berminat dan bersungguh-sungguh untuk belajar. Memang kagum sangat dengan semangat mereka dan kesemua peserta2 bengkel dari sekolah lain. Kebanyakan sekolah menghantar peserta dari kalangan pelajar Tingkatan 3 dan 4. Sesi akan diteruskan lagi pada pagi esok hingga jam 5 petang. Insya-Allah andai ada masa Nur akan kongsi lagi gambar sepanjang program ini.
 



Cuaca hari ini agak mendung.



Susur masuk keTaman Teknologi, SIRIM Johor, Senai.
 



SIRIM Johor.. (boleh tak perasan bangunan ini dan kami sesat hampir 15 minit..alahai... :) )


Slaid yang dipaparkan.

 
Gigih benar mereka memasang komponen elektronik tu..

 
Jangan salah pasang sudah.. :)
 
Di bawah ini beberapa video menarik untuk dikongsi bersama :
 
 
 
History of Robot Evolution Y2007 PART 01




History of Robot Evolution Y2007 PART 02

Klik pada link untuk menonton video :


Ok jumpa lagi nanti ye.. Selamat malam semua.

10 comments:

  1. sekang pon dh musim hujan banjir jugakkk.. uuhUUu

    ReplyDelete
  2. generasi akan dtg yg kreatif....


    salam, tengs drop by my blog n following mine, saya follow sini terus yer...

    ReplyDelete
  3. cikgu pengiringnya minat robot-robot tak ni ~ ngeee

    ReplyDelete
  4. assalam nur..memang anak2 minat sangat denagn robot ni kan..boleh mencipta lagi..ada kawan sekolah anak acik tu..dah sampai merata sekolah dah pergi..sebab rekacipta robotnya menag aje..sampai keluar suratkhabar lagi..

    ReplyDelete
  5. nmpk sgt mnarik pameran robot ni...
    mesti tdpt byk idea2 dan kreativiti yg canggih2 kt situ...

    ReplyDelete
  6. bestnya dpt join bengkel mcm ne kan~

    eca BW sambil ajak join GA & Contest...
    http://www.ecadwinkyasha.com/2012/11/year-end-giveaway-2.html

    http://www.ecadwinkyasha.com/2012/10/eca-year-end-contest.html

    ReplyDelete
  7. Boleh masuk pertandingan robot untub bersaing diantara sekolah.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik...Klik...