Sila klik link bawah...

Sunday, February 20

Contest Review Blog Kak Ina KL.com


Sila klik banner untuk lihat syarat2 contest

Salam buat semua.
Apa khabar semua? Semalam Nur telah menerima pelawaan rakan siber Nur, Kak Ina KL untuk turut serta dalam contest yang dianjurkannya. Perkenalan Nur dengan Kak Ina KL memang dah lama, kalau tak silap Nur sejak Nur aktif berblogging pada tahun 2009. Walaupun hanya bergelar surirumah, ia tidak menghalang Kak Ina KL untuk aktif menulis blognya yang diberi tajuk "Tertunai Hasrat Dihati" dan beliau sering hadir event anjuran Nuffnang.

Kak Ina KL mula menceburkan diri dalam arena blogging pada tahun 2008 dengan domain blogspot sahaja tetapi beliau telah mengorak langkah dengan bertukar ke domain sendiri pada awal tahun 2010 dengan bantuan Bean Moreno. Pada mereka yang rajin memasak tentu pernah melayari blognya. Ternyata Kak Ina Kl pandai menarik minat pembaca blognya dengan menyelitkan gambar2 hasil air tangannya, percutian bersama keluarga, dan menulis bermacam2 kisah yang dilalui oleh dirinya dengan gaya penceritaan yang santai. Anak2 beliau, Firdaus, Yana, Ira, dan Imran sememangnya beruntung kerana memiliki ibu yang penyayang dan cukup sporting. Salah satu entri yang Nur suka dalam blog Kak Ina ialah bertajuk
"Wahai anak-anak sape tak sayangkan kamu". Memang sarat dengan kata-kata nasihat untuk anak2 kesayangannya.

Nur sebenarnya tak berapa pandai dalam bab review blog ni sebab blog Nur sendiri pun berterabur. Tapi dah nama contest ni ialah Contest Review Blog Kak Ina KL.com maka Nur kenalah juga buat entri tentang blog Kak Ina KL.

Sebelum tu, Nur nak minta maaf  dan harap Kak Ina KL tak berkecil hati dengan review ni.

1) Tentang header blog
- Pertama sekali, Nur rasa header Kak Ina dah cukup cantik, cuma Nur cadangkan agar Kak Ina KL dapat menggunakan gambar yang lebih jelas (resolusi tinggi) dan warna yang lebih terang dan menyerlah. Header sekarang gambarnya agak suram dan kurang jelas.




2) Kotak search engine
-Nur cadangkan agar Kak Ina Kl boleh letakkan widget enjin carian di dalam blognya untuk memudahkan pembaca mencari entri yang mereka minati dalam blognya.



3) Bahagian followers
-Nur cadangkan agar Kak Ina meletakkan widget followers di bahagian atas blog supaya mudah untuk dilihat oleh pengunjung yang baru pertama kali datang ke blog akak.

4) Emel untuk dihubungi untuk membeli Cookies
-Nur rasa sekarang Kak Ina KL tengah hangat dengan bisnes cookiesnya. Apa kata, Kak Ina letakkan alamat emel atau bisnescard akak di bahagian sidebar supaya senang untuk dilihat.




Memang dah ramai blogger yang rapat dengan Kak Ina telah membuat entri khas tentang cookies yang dijual olehnya dan Kak Ina gelar mereka ni Duta Kukis Kak Ina KL. Beliau juga bermurah hari berkongsi resepi "Chocolate chip cookies"nya  ni. Untuk lihat resepi, klik di  SINI.


Rasanya itu sahaja review dari Nur, ini cuma pandangan peribadi tentang blog Kak Ina. Nur minta maaf andai cadangan Nur ni menyinggung hati Kak Ina KL. Terima kasih kerana sudi mempelawa Nur untuk menyertai contest akak ni.


Pada semua yang nak turut serta dalam contest ni, harap dapat buat entri cepat ye sebab tarikh tutup malam nanti (20 Februari 2011) jam 11.59 malam....

Banyak hadiah2 menarik antaranya ialah cookies sedap buatan Kak Ina.. Minta Nur dapatlah menjamah cookies ni..

Kak Ina KL.com sedang mengadakan contest.
Jomlah join...hadiah menarik menanti anda.


  

9 comments:

  1. good luck..
    akak tu femes kan?
    nak gi intai lagi lah..

    ReplyDelete
  2. Buat Kak Isza,
    Thanks kak.. A'ah Kak Ina memang famous.. Dia rajin join event Nuffnang & aktif berblogging.. Macam2 ada dalam blog dia..

    Buat Kak Rahiza,
    Yup Blogger Famous.. rasa macam Nur tak layak je nak review blog Kak Ina ni.. :D

    ReplyDelete
  3. x sempat nak joint contest tu...baru tau hari nie...tu pun masuk blog nur...pe-pe pun salam perkenalan...

    ReplyDelete
  4. Gud luck!!

    Dear sorry kalau contest2 saya jarang singgah.. saya tidak join mane2 kontest...


    blog ini sgt cantikkk!!! saya mau melawat kawasan..

    ReplyDelete
  5. Buat Cikgu CTE,
    Terima kasih atas kunjungan balas. Nur pun join atas jemputan Kak Ina sendiri.. Nasib baik la sempat.. Menang @ kalah itu belakang kira...

    Buat Astina,
    Terima kasih atas pujian melambung dari Astina.. Nur pun join contest kalau ada masa terluang. Jemput la datang blog ni lagi ye.. Salam perkenalan.

    ReplyDelete
  6. salam nur. Terima kasih sudi join contest akak. Tunggu keputusannya yer

    ReplyDelete
  7. Buat Kak Ina KL,
    Wslm. Sama2 kak.. Tak sabar nak tunggu keputusannya.. :)

    ReplyDelete
  8. alamak... terlepas dah... hahahha, salah sendiri, tu la bila nak cari resepi baru nak cari kak ina kl... :p

    gud luck Nur..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik...Klik...