Sila klik link bawah...

Sunday, February 20

Kreatifnya anak-anak muridku..

Salam buat semua,
Apa khabar semua? Nur harap semuanya sihat. Nur nak berkongsi gambar hasil kerja tangan anak2 didik Nur dari Persatuan Puteri Islam yang sangat kreatif. Tekun betul mereka untuk menyiapkan hasil gubahan mereka. Kalau suruh cikgu dia pun belum tentu menjadi.. hehe..

Hari ni berlangsungnya Pesta Layang-layang di Pasir Gudang. Tak berkesempatan untuk pergi, tapi nak berkongsi entri yang dibuat oleh salah seorang blogger yang Nur yang bernama Scarlett O'Hara. Memang meriah dengan pelbagai saiz, bentuk dan warna layang2. Seronok sebab hari ni Nur dapat ramai kenalan baru hasil blogwalking ke blog teman2 siber. Semoga ukhuwah berpanjangan. Ada masa nanti Nur pasti singgah blog anda lagi.

Buat teman siber Nur yang menyambut ulangtahun perkahwinan ke-9, iaitu Kakchik. Nur doakan agar ikatan perkahwinan antara Kakchik dan suami dirahmati olehNya dan berbahagia selamanya.

Sekian, jom lihat hasil kerja tangan anak murid Nur..



Wajah-wajah ceria anak2 muridku yang tekun menyiapkan gubahan mereka.





7 comments:

  1. Anak murid berjaya dan kreatif atas dorongan cikgu juga.. Tahnuah Cikgu Nur..


    saya rasa rindu dengan cikgu2 saya... walapun mereka tidak kenal saya.. tapi saya tau mereka ikhlas mengajar saya...

    ReplyDelete
  2. wah..lepas ni semua boleh cari sideincome buat gubahan hantaran

    ReplyDelete
  3. wah..buat gubahab pula...elok juga ye,murid2 belajar2..mrk sebenarnya boleh menghasilkan kreativiti yg menarik.

    ReplyDelete
  4. anak murid memang suka belajar perkara sebegini dari asyik dok ngadap buku..

    malangnya nak tunggu..
    seminggu.. sekali jer..

    ReplyDelete
  5. Buat Astina,
    Benar.. Kak Nur bukan guru Puteri Islam tapi guru penasihat Kelab Taekwondo. Waktu aktiviti ni dijalankan, Kak Nur bertugas mengambil gambar aktiviti pelajar2 dalam perjumpaan Kelab Beruniform.
    Kalau rindu datang menjenguk mereka, tentu mereka terharu dengan ingatan itu.. Insya-Allah, kami semua ikhlas mengajar anak2 didik kami..

    ReplyDelete
  6. Buat Edy Zaidi,
    Betul tu.. Boleh tambah duit poket.. Mereka memang kreatif & bersemangat.

    Buat Kak Sal,
    Betul tu kak. Waktu ni keluarlah semua bakat2 terpendam mereka.

    Buat Kak Isza,
    Inilah peluang mereka mengasah bakat yg ada.. Walaupun seminggu sekali, tapi mereka semua sangat bersemangat menjalani aktiviti Badan Beruniform.

    Buat Ardini Humaira,
    Terima kasih Ardini.. Kak Nur pun suka tengok hasil kerja tangan mereka. Cantik kan..?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik...Klik...