Sila klik link bawah...

Wednesday, March 30

Momen Indah yang tak akan dapat kulupakan

Salam buat semua,
Apa khabar semua? Beberapa hari ni kesibukan melanda diriku.. Tak sempat nak luangkan masa untuk update entri di dalam blog ini. Jadual minggu ni agak padat dengan latihan rumah sukan dan mesyuarat Post Mortem SPM 2010 yang memerlukan Nur dan teman2 sejawat lain 'stay back' di sekolah. Esok pula Nur dipertanggungjawabkan untuk membawa para pelajar untuk menghadiri "Demonstrasi Sains & Ceramah Program Science on Wheels Peringkat Negeri Johor tahun 2011" yang diadakan di SM Teknik JB.

Nur nak berkongsi momen yang cukup bermakna dalam kerjaya sebagai pendidik. Pada hari Ahad yang lepas,  Nur dan rakan2 sejawat diberi penghargaan atas sumbangan kepada pihak sekolah dan kami turut meraikan pelajar2 yang cemerlang dalam PMR 2010 dan SPM 2010 dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan 2011.


InsyaAllah, Nur akan cuba sedaya upaya untuk meneruskan kecemerlangan pada tahun2 yang akan datang. Terima kasih kepada buat suami tercinta, keluarga dan rakan2 atas ucapan tahniah yang diberikan.


Pada rakan2 blogger juga, terima kasih atas ucapan anda semua. Ada kesempatan Nur akan datang ziarah ke blog kalian.

Jumpa lagi.


Bersama Saadiah dan Sharmila.. 2 gadis manis ni menerima anugerah pelajar terbaik untuk subjek Ekonomi Asas dan ERT. Kedua-duanya juga mendapat gred A dalam Sains..

"Tahniah atas kejayaan cemerlang... Cikgu sayang anda berdua.."



Bersama rakan2 sejawat.. Duduk ditangga gara2 dewan yang penuh dengan ibu bapa dan pelajar.


Anak muridku tahun ni, Nurfarahin bersama adiknya yg sangat comel.


"Eh.. buat apa tu dik.. Lawa kasut...hehe"


Aksi anak2 yg kebosanan... Sangat manja dia dengan kakaknya..

Alahainya..comelnya... Semua yang berselisih dengannya mesti geram dengan gelagatnya..


Anak pada teman sejawat.. mereka ni adik beradik


Nak berkawan...


Nak makan coklat pulak...


Comel tak saya?? Anak pada teman Nur namanya Fatimah.


Sukanya dia...


Berlatih berjalan...



Detik indah yang tak akan Nur lupakan... menerima sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2010 yang disampaikan oleh YB Datuk Hj Abdul Aziz Bin Sapian ( ADUN Nusajaya—Merangkap Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah)




Sekali lagi diberi penghargaan untuk menerima sijil penghargaan bagi guru mata pelajaran Sains (Ting. 5) & Matematik (Ting. 4) kerana telah mencatat peningkatan peratus kelulusan dan GPS SPM 2010.


Syukur padaMu Ya Allah atas anugerahMu...



10 comments:

  1. Nur..tahniah atas kejayaan meraih apc 2010..

    moga dpt menerus kecemerlangan..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum my dear Nur:)

    Tahniah yaa..
    Anugerah yg pastinya utk guru yang komited dgn tugasnya..:)

    ReplyDelete
  3. assalam knur..selamat pagi..

    comelnya kasut adik tu..ngalahkan artis..hihi

    ReplyDelete
  4. Tahniah Nur... guru cemerlang sebabtu la pelajar pun cemerlang...

    ReplyDelete
  5. tahniah yer...
    semoga terus cemerlang..

    ReplyDelete
  6. Wah, best nya.. sungguh membanggakan...tahniah!

    ReplyDelete
  7. tahniah atas anugerah tu..err..kene panggil cikgu nur la gini..huhu


    psstt : 3 Sebab SS Suka Balas Komen

    ReplyDelete
  8. peratus lulus Add Maths tahun lepas naik 4%..GKMP mesej ucap terima kasih..maklumlah dah bertukar sekolah..hehe

    ReplyDelete
  9. Buat Kak Sal,
    Terima kasih kak.. InsyaAllah semoga Nur dapat kekalnya pada tahun2 yg akan datang.

    Buat Kak Kartini,
    Waalaikummussalam kak. Terima kasih atas ucapan akak tu. Penghargaan ni buat kami lebih bersemangat lagi..

    Buat Mrs Fiza,
    Wslm Fiza.. Memang cantik kasut adik tu.. :) Merah menyala...

    Buat Eeda, Nadiah Sidek, Kak Sarah Najwan, Kak Alongroz & Siti Safiyyah,
    Terima kasih atas ucapan..

    Buat Cikgu N@m@n,
    Tahniah atas kejayaan tu.. Bagusnya dapat ucapan tahniah daripada mulut bos sendiri.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...