Sila klik link bawah...

Thursday, June 9

Cuti-cuti Malaysia

Salam buat semua,
Terima kasih pada semua yang singgah ke blog yang tak seberapa ni. Di saat ni, pemilik blog sedang menghabiskan masa cuti di kampung halaman tercinta. Seronok rasanya dapat bertemu dengan anak2 saudara yang baru pulang dari kampung halaman masing2. Kebetulan cuti sekolah, adik-beradik Nur pun ambil peluang balik ke kampung sebelah isteri/suami masing-masing. Petang semalam, empat orang anak buah dah pun sampai. Tapi ada sedikit berita mengejutkan darinya apabila kereta yang dinaiki oleh adik Nur telah dilanggar oleh sebuah motor secara tidak sengaja. Akibat daripada kemalangan itu telah menyebabkan bumper belakang keretanya kemik. Mujurkan penunggang motorsikal tu tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun telah terjatuh di atas jalan yang agak sibuk. Hari ni menurut adik Nur penunggang motorsikal itu telahpun disaman dan kerosakan tu terpaksa ditanggungnya sendiri.

Bila bercerita tentang kemalangan, Nur terkenangkan tragedi kemalangan yang menimpa Nur pada bulan Oktober tahun 2010. Syukurlah Nur tak mengalami sebarang kecederaan. Selepas kejadian memang agak fobia untuk memandu dan selama dua bulan juga ambil masa untuk hilangkan ketakutan tu. Siapa yang pernah melalui tentu tahu bagaimana keadaannya. Malang memang tak berbau..

Pemandangan Gunung Lambak selepas turunnya hujan pada hari semalam. Cantikkan??

Gunung Lambak

Sunset view..

Di atas permintaan rakan siber Nur, Kak UmmiRosma yang nak lihat gambar pemandangan di kampung halaman Nur, inilah sebahagian daripada gambar-gambar yang sempat Nur rakamkan untuk tatapan semua.

Ayah dan ibu Nur memang suka menanam pokok2 bunga hiasan. Penuh halaman luar dan dalam rumah dengan pokok2 bunga. Kalau nak dikira jumpa pasu memang tak terkira, terlalu banyaklah..







Ada juga burung murai yang singgah di halaman rumah mencari makan.. Alahai cutenya....

Close-up burung..

Gambar anak saudara Nur.. Besar dah Nabil dan Nazmin.. Muka letih sebab baru sampai dari kampung ibunya di Perak.

Anak saudara Nur, merupakan cucu lelaki sulung dalam keluarga.. Uddin namanya.. Bujang dah..

Ni Naqiu..peminat cerita Ultraman sama seperti Nabil.

Juadah minum petang.. pisang tanduk goreng cicah dengan sambal kicap kaw2..
Minum pula dengan kopi panas... pergh..

Keluarga abang Nur baru je sampai dari Negeri Sembilan. Gambar lagi empat anak saudara bakal menyusul kemudian.. Riuh-rendahlah rumah ibu dan ayah di kampung dengan gelagat mereka.

Ok jumpa lagi di lain entri.. Nak menjamu makan tengah hari, menu hari soto ayam..
Jemput makan ye semua..
Wassalam.

6 comments:

  1. Memang fobia kan klo pernah accident. Nasib adik kak nur tak apa².

    Banyaknya pokok, sejuk mata memandang ☺☺

    ReplyDelete
  2. Again...thank you dear for the special post.

    Aduhaiiii cantiknya tanaman bunga ayahbonda Nur ni...sama jugak mcm my parents...they are having green fingers.

    I love the suasana kampung Nur...syahdu.

    Pelik jugak akak baca when goreng pisang tanduk cicah kicap tu...heheh...kena buat mcm ni lah ni agaknya ni...hehe

    It feels nice to be together again serasa seperti suasana hari raya, ye tak?


    Take care...

    ReplyDelete
  3. Buat fiza,
    Syukurlah dia tak apa2.. Memang fobia dan terbayang2 waktu kejadian berlaku.. So kena hati2 sentiasa. Memang sejuk je waktu di kampung, lagipun kampung Nur ni memang dekat benar dengan dengan taman rekreasi Gunung Lambak.

    Buat Kak UmmiRosma,
    Your welcome sis.. Its ok, sebab nak berkongsi dengan orang Brunei macam akak. Kalau masa ayah Nur sihat, memang dia selalu ubah dekorasi. Sekarang ni, ayah Nur dah agak uzur, tinggal ibu dan adik Nur jelah yg menjaga pokok2 bunga tu.

    Thanks kak sebab rajin tinggalkan komen dalam blog ni. Kalau di Johor, kami memang makan pisang goreng kena cicah bersama sambal kicap. Akak kena cuba tu.. hehe

    Sesekali berkumpul beramai2 memang seronok. Nak kumpulkan kesemua adik-beradik memang susah, kena tunggu cuti sek panjang.

    Take care sis.. :)

    ReplyDelete
  4. Sedih lak nengok pokok2 yg cantik tu. Along balik dari kpg abis pokok2 mati sbb tak bersiram lama....huuuu

    ReplyDelete
  5. cantiknya laman rumah ayah knur..kemas dan bersih diorg jga pokok2..rumah tpi bukit bukau msti sejuk je kan..best nya.. balik kpg bru ni panas sgt..smpai sakit kepala 2 hari berturut2.

    ReplyDelete
  6. Buat Kak Alongroz @ Homekreation,
    Alahai..sayangnya kak.. pokok2 bunga mati.. Takde jiran2 yang boleh tolong siramkan..

    Buat Mrs. Fiza,
    Ibu dan ayah Kak Nur memang suka bercucuk tanam, terutama sekali pokok2 hiasan dan pokok2 bunga. Memang tenang, damai dan nyaman bila musim angin.. tapi kalau tiba musim panas, terasa juga bahangnya..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...