Sila klik link bawah...

Monday, June 6

Kek Marble Oren

Salam buat semua,
Tiba2 hari ni, mood rajin pula nak membakar kek.. Kali ni, Nur gunakan resepi yang diturunkan oleh ibu pada Nur. Sepatutnya acuan yang patut digunakan ialah acuan yang berlubang di tengahnya.. Memandangkan acuan yang Nur ada agak kecil, jadi terpaksa guna loyang bulat je..

Sempat juga ambil gambar step by step...  Nur campurkan parutan kulit oren.. Wangi semerbak baunya bila dah masak. Kalau ada yang nak resepi kek ni, nanti beritahulah ye..
(malas pula nak menaip panjang2 malam2 ni.. :D)
Kek yang dah siap.. (Sebelum dibakar)

Wajah kek selepas dibakar..

Nah inilah hasilnya... tapi ada Nur tak tahu kenapa bahagian tengah agak kurang masak..
 Tak tahu kat mana silapnya.. jadi terpaksalah bakar semula.. 
Agaknya memang kena guna acuan berlubang kot..


Pelik juga.. masa memasak dah cukup lama 1 jam.. tapi bahagian tengah tu agak kurang masak. Ada sesiapa rakan2 yang boleh bantu... Al-maklumlah orang baru nak belajar.. tapi sekurang2nya kita mencubakan.. Nanti kenalah perbaiki..

Esok petang Nur akan bertolak ke kampung di Kluang. Tak sabar rasanya nak habiskan masa dengan keluarga tercinta. Baki cuti ada lagi seminggu. Keluarga Nur pun nak adakan kenduri arwah pada 9 Jun nanti.

Ok semua.. Jumpa lagi esok..

11 comments:

  1. wah.. tahniah2.. cantik marble nur.. akk rasa mungkin suhu oven nur.. biasanya bakar kek 45 min jer dgn suhu 180C..

    ReplyDelete
  2. wah....bole tahan..

    klu buat kek sedap dan gebu..semangat nak buat dilain kali tinggi yee..

    klu tak jadi ,rasa malas nak cuba lagi..

    wlu apa pun, seronok tengok kek nur yg dibuat terus menjadi...

    ReplyDelete
  3. Kakak lihat sunguh cantik dan menggoda walau nur kata bghn tengah kurang masak....

    ReplyDelete
  4. wah rajinnya.. warna warni yang menarik.. mesti sedap.. rajin tuan blog ni..

    ReplyDelete
  5. Buat Kak dZana,
    Terima kasih kak.. Ala baru nak belajar2.. erm mungkin kot.. Tapi dah guna suhu 180 darjah Celcius.. Takpe nanti Nur cuba lagi.. Thanks atas nasihat tu.

    Buat Kak Sal,
    Kak Sal, kali ni kurang menjadi.. ada yang tak kena dengan acuan rasanya.. Suhu dah betul.. tak berapa lembut macam yg sebelum ni.. mungkin overcook.

    Buat Kak Zakie,
    Tu pandangan luar je kak.. Kek tu agak keras sikit.. mungkin terlebih masak.. :)

    Buat Eeda,
    Bolehlah Eeda, sedap jugak.. (puji kek sendiri.. hehe). Saje mencuba lagipun cuti sekolah, ada banyak sikit masa.. :)

    ReplyDelete
  6. Liana & mama datang nak mamam kek oren marble.... cantik nya, liana suka ni. Maceh ya AuntieNur hanto kat kami... ni mama kasi kek lapis cheese tuk auntie... tak leh banyak2, sorang sikit jer tau...hehehe

    ReplyDelete
  7. baru nampak soklan Nur tu. Patut nya takda masalah guna tin bulat. Kalau tak masak tengah tu, makna nya belum masak lah, kena masak lebih lama. Pastikan oven di panaskan dahulu 180C selama 10-15 minit sebelum masukkan kek. Pastikan tin kek berada di tengah2 oven, tidak terlalu kebawah atau ke atas. Insyallah, ok.

    ReplyDelete
  8. Buat Kak Alongroz @ Homekreation,
    Bestnya dapat makan cheese cake.. Thanks a lot for the tips sis.. its really help.. Itulah bila bakar lama sikit, kek tu jadi agak keras.. pasni ingat nak kena cuba sekali lagi guna acuan berlubang plak.. TQ sis..

    ReplyDelete
  9. Maybe kek tu tebal sangat dear..Nur bole cucuk dgn cucuk sate kat tengah2 kek, kalo tak melekat masak lah tu...

    anyway...nampak sedappppp :)

    ReplyDelete
  10. Saya tidak kisah kalau bahagian tengah kek tengelam yang penting bedal :-)

    ReplyDelete
  11. Buat Kak UmmiRosma,
    Thanks for the tips.. Nur dah memang guna pencungkil gigi untuk test kek tu masak ke tak.. Lepas ni kena cuba untuk kali kedua pulak..

    Buat Saudara akubiomed,
    Hehe.. ok la tu... Jangan nanti sakit perut sudahhh..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...