Sila klik link bawah...

Saturday, June 4

Makan malam di Restoren D'Terrace BBQ Steamboat

Salam buat semua,
Apa khabar semua? Pertama sekali Nur ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada rakan2 blogger di atas ucapan sempena hari lahir Nur tempoh hari. Terharu sangat kerana ramai mendoakan Nur. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua.

Hari ni Nur nak berkongsi cerita tentang tempat makan malam Nur bersama suami sempena hari lahir Nur tempoh hari. Kami berdua semalam telah makan malam di D'Terrace BBQ Steamboat yang terletak di Jalan Kolam Air sebaik sahaja membeli-belah di Cold Storage, di Plaza Pelangi.



Makanan laut yang segar...
Sebelum tu kena panggang dulu...


Aduh tak sabarnya nak tunggu semuanya masak... :)

Steamboat dengan sup tomyam.

Memang ramai yang datang... agak sesak jalannya..
Kebetulan Restoren D'Terrace ni bersebelahan dengan Restoren Melayu. Nur pernah entri pasal makan di Restoren Melayu di cawangan Nusa Bestari. klik SINI

Harga makan buffet kat sini memang berpatutan cuma RM19.90 per person (utk dewasa) dan RM8.90 per person (untuk kanak2)
Anda semua boleh makan sampai kenyang..
Untuk pencuci mulut, kami diberikan seorang sebatang aiskrim potong..

Ada juga blogger yang duduk di JB macam Kak Ayu @ ibuayahdamia pun pernah buat entri pasal makanan sedap kat sini. Kalau nak tengok gambar2 menarik dari blogger lain, boleh klik di SINI.


Petang semalam kami sempat menjamah buah durian.. Teringat zaman dulu2 waktu di kampung, tak perlu nak beli sebab ayah Nur memang ada kebun durian. Tapi sekarang semuanya terpaksa beli. Boleh tahan mahal juga.. RM12 per kilo.

Ok, pada yang dah pulang bercuti di kampung.. Selamat bercuti..
Sekian wassalam.

p/s : Pada Kak Sal andai membaca entri ni.. Nur tak tahu kenapa tak boleh komen di blog akak.. Dah cuba berulang2 kali, masih gagal.. Maaf ye kak tak dapat tinggalkan komen.. Nur cari chatbox akak, tapi akak dah remove..

6 comments:

  1. amboi besnya steamboat...
    terasa teringin nak buat..tpi tak sempt lagi..

    blog kak sal memang ada masalah..baru ok sehari dua ni..

    tkns atas ingatan..moga percutian menggembirakan..

    ReplyDelete
  2. skali skala makan steamboat cemni, layan jgak....

    ReplyDelete
  3. nyum...nmpk sedap !

    serius ... sy xpernah mkn steamboat ! huhuhu~

    ReplyDelete
  4. Lain jugak style steamboat kat sana yea...kalo kat sini takde lah yg dipanggang just like those around the pot. I love tom yam steam boat too...slurppp....


    Happy holiday...

    ReplyDelete
  5. Buat Kak Sal,
    Memang best... Nur memang tak boleh komen guna google account di blog akak. Tak taulah kenapa..

    Buat Chekgu BaniHassim,
    Betul tu.. dulu memang saya tak berapa suka.. but now dah jadi favourite..

    Buat Kak UmmiHanie,
    Try la kak.. tak cuba mana nak tahu.. :D

    Buat Kak UmmiRosma,
    Tq kak.. Erm akak silap faham ni.. Yang panggang tu utk BBQ, yang steamboat tu yang mangkuk kat tengah2 tu. Nur pun suka steamboat tomyam.. yummy...

    ReplyDelete
  6. Baru makan tempat ni semalam, okeyla kuah tomyam dia sedap, tapi dah naik harga RM19.20 sorang. Steamboat ni makan ramai-ramai seronok.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...