Sila klik link bawah...

Saturday, June 25

Minggu Yang Sarat dengan Aktiviti

Salam buat semua. Lama sungguh tak mengemas kini blog sendiri. Sepanjang minggu ada sahaja aktiviti yang perlu dihadiri. Jom lihat apa yang Nur lalui sepanjang seminggu yang lepas.


1. Bertugas dalam acara akhir pada 20 Jun 2011

Bersama rakan2 sejawat sebelum bermulanya acara akhir sebelum sukan.

Anak kepada rakan Nur yang comel dengan topinya..

Guru2 rumah sukan sedang sibuk mengedarkan nombor peserta.


Rakan2 sejawat yang masih tersenyum ceria walaupun terpaksa bertugas di bawah panas terik matahari.

Sempat bergambar sewaktu sedang menunggu peserta acara akhir balapan.

2. Sekali lagi bertugas sebagai di padang pada 22 Jun 2011.

Aksi pelajar2 yang cukup bersemangat untuk menjadi juara.

Pelajar tekun mendengar taklimat daripada guru2 yang bertugas.

Beberapa orang pelajar jatuh pengsan akibat terlalu keletihan.

Semangat sungguh anak2 muridku berlari..

3. Hari Koperasi dan Hari Terbuka pada 23 Jun 2011.

Bertugas sebagai guru tingkatan 4UTHM, menggantikan rakan Nur yang pergi menghadiri kursus penandaan kertas peperiksaan (Sebenarnya Nur tidak menggalas jawatan guru tingkatan, namun disebabkan kekurangan guru maka kenalah juga bertemu dengan ibu bapa pelajar). Kebetulan memang Nur mengajar subjek Matematik untuk kelas ni. Kehadiran ibu bapa amat memuaskan, 24 / 34 orang ibu bapa telah hadir untuk mengambil kad penyata anak2 masing2. Syabas buat ibu bapa yang sanggup meluangkan masa bertemu guru2. Sememangnya ibu bapa yang hadir ini begitu prihatin terhadap prestasi pelajaran anak2 mereka. Pada hari yang sama juga turut diadakan Hari Koperasi.

Gerai2 yang dikendalikan sendiri oleh pelajar.

Anak2 muridku yang bergitu bersemangat untuk berniaga. Macam2 menu ada..


Kemeriahan gerai ketika Hari Koperasi di sekolahku.

Ayam panggang.. Siap ada mesin khas..


4. Mesyuarat Guru dan LDP Kursus Membina Blog

Pagi tadi telah berlangsung mesyuarat guru dan LDP. Nur bertindak sebagai fasilitator dalam Kursus Membina Blog ni. Kali terakhir menjadi fasilitator untuk kursus yang sama ialah pada tahun 2009.  Kali ini melibatkan jumlah guru sesi pagi dan petang. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan oleh rakan2 sejawat di sekolah.
Keadaan sewaktu LDP dijalankan.. (kualiti gambar agak kurang memuaskan.. Kamera digital Nur mengalami masalah dan cuma guna kamera handphone sahaja)

Dan minggu hadapan pula akan berlangsungnya Kejohanan Olahraga atau Hari Sukan pada 30 Jun 2011.
Rumah sukan apakah yang menjadi juara untuk tahun 2011??

Sekian, jumpa lagi di lain entri. Malam ni Nur ada gathering dengan keluarga di Snack & Smoothies Nusa Bestari. Abang Nur yang sulung nak belanja kami adik beradik. Ok wassalam.



6 comments:

  1. assalamualaikum Nur..moga sihat selalu

    amboi, banyaknya jawatan..
    siap jadi cikgu blog lagi..

    apa2pun diharapkan semuanya telah berjalan dengan lancar, dan ilmu yg dicurahkan dapat dikongsikan kepada yg memerlukan....

    ReplyDelete
  2. aslmkm nur.. akk biasa2 jer.. smga nur sihat ceria selalu.. mmg agak sibuk bila naik penggal baru ni.. huuu

    ReplyDelete
  3. aktiviti yang memenatkan tapi seronok.

    terima kasih yer nur sudi bagi komen tentang pembaruan di blog akak.

    ReplyDelete
  4. kt sekolah skrg mmg sibuk dgn latihan sbb nak sukan kan..husband pon tiap2 ptg balk kul5

    ReplyDelete
  5. salam nur..
    lama mama tak terjah sini...huhuh sowwy ya..
    meriahnyaa sukan skrg...dulu kt kpg biasa2 je....

    ReplyDelete
  6. Buat Kak Sal,
    Waalaikummussalam kak.. Alhamdulillah Nur sihat.. Alahai kak jawatan memang agak banyak.. Bila pegang jawatan cikgu blog, kena la kongsi ilmu yg tak seberapa ni dengan rakan2. Mudah-mudahan mereka dapat manfaat dari LDP ni..

    Buat Kak dZana,
    Biasalah.. kami pun sibuk memanjang...

    Buat Kak Ina KL.
    Sama2 kak.. Cantik blog akak sekarang ni.. cemburulah.. :)

    Buat Mrs. Fiza,
    Jadual dah berubah, hari sukan dibuat pada bulan Jun pula.. Kalau dulu, masa awal tahun.

    Buat Mama Gee,
    Wslm Mama Gee.. biasa2 je kak.. Kalau kat sek Nur, memang kena buat maskot untuk perbarisan dan pasukan sorak @ pom-pom team.. Tu yg nampak meriah.. :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...