Sila klik link bawah...

Saturday, October 29

Beriadah di Gunung Lambak (Last Part)

Salam buat semua,

Apa khabar semua? Nur harap semuanya sihat. Apa aktiviti anda hari ni? Nur akan pulang ke JB pada hari esok. Sekejap benar masa berlalu. Cuti seminggu bakal berlalu dan lusa Nur akan memulakan tugas seperti biasa. 

Kali ni merupakan entri terakhir mengenai aktiviti beriadah pada hari Rabu lepas. Sebaik sahaja selesai pendakian, kami bersantai menikmati pemandangan indah sebelum pulang ke rumah. Secara tiba-tiba kami dikejutkan dengan kehadiran tetamu tak diundang ketika bergambar di jambatan gantung. Memang terperanjat habis masa tu... Ntah dari mana dia datang kami pun tak perasan. Nak tahu apa dia, anda boleh dapat jawapannya daripada gambar2 di bawah. 



Pendakian berakhir lebih kurang jam 12.00 tengah hari.



Pemandangan sekitar Gunung Lambak.


Chalet2 yang disediakan.


Kawasan sekitar yang bersih.


Ketika dalam perjalanan pulang, kami lalu semula di jambatan gantung, tapi pada arah yang bertentangan.



Cakkkkkkkk...  Kussss semangat. Ntah dari mana datangnya, secara tiba2 tetamu tak diundang ini pun muncul betul di hadapan kami. Elok je beruk ni berposing di hadapan kami tanpa ada rasa takut. Memang tak pernah berdepan dengan haiwan ni dalam jarak sedekat ini. Risau juga hati ni...



Dalam pada nak merakamkan gambar haiwan tu tiba2 dia melompat ke arah tembok yang berhampiran. Itulah sebab gambarnya jadi seperti ini gara2 terkejut punya pasal... hehehe...



Dalam pada takut2, sempat juga kakak Nur dan anaknya bergambar kenangan dengan penghuni  tetap Gunung Lambak. Beruk ni nampak macam terlalu jinak, mungkin haiwan ini kelaparan dan dah biasa dengan kehadiran manusia yang datang berkunjung ke sini.



Alahai dia menguaplah pula dan menunjukkan gigi taringnya... Alamakkkk masa ni, kami terasa ngeri dan apa lagi terus lari meninggalkan beruk tersebut dek kerana takut. Bukannya apa takut juga perkara yang tak diingini terjadi.. cover line... padahal takut.. :)



Naqiu siap boleh lari ulang alik di atas jambatan gantung ni. Dah biasalah katakan. Dia memang selalu datang ke sini dengan ibunya.



Sesi posing....Say "cheese".....



Gambar candid yang diambil oleh kakak.. Siapalah yang busy sangat merakam gambar tu...



Ramai juga pengunjung yang terdiri dari kanak2 sedang berenang di kolam renang berbayar ni.. Eh tak panas ke dik??? .. Dah tengah hari terik pun masih berendam.. :)


Rasanya itu sahaja yang sempat Nur kongsikan bersama semua pengunjung blog Cetusan Rasa. Tiba2 angin rajin datang... Kalau siapa yang perasan dan selalu singgah ke blog ni, Nur memang jarang Nur nak mengarang entri yang panjang lebar seperti ini. Harap kalian semua tak jemu dan bosan untuk datang ke blog ini lagi.

Terima kasih atas komen2 yang ditinggalkan. Andai ada kelapangan Nur akan balas kunjungan anda semua. Pada semua follower baru, salam perkenalan. Selalu-selalulah singgah lagi ke blog ni ye..

Ok jumpa lagi di lain entri ye. Selamat berhujung minggu..


p/s : Terima kasih semua kerana sudi membaca dan singgah ke blog Cetusan Rasa.

4 comments:

  1. Hui, takutnya melihat taring beruk panjangnya

    ReplyDelete
  2. kalo bwk beg2 plastic ke sure kera tuh main rampas je kan...

    ReplyDelete
  3. banyaknya dapat ambik gambarnya tu.tak kacau orang ke nur..

    ReplyDelete
  4. Buat Saudara akubiomed,
    Memang menakutkan.. sebab tu kami lari... hehe

    Buat Papa Mifz,
    Tak sure pulak.. agaknyalah tu..

    Buat Kak Acik Erna,
    Memang banyak kak.. Eh takde ganggu orang, tak ambil gambar orang pun, cuma ambil gambar pemandangan je.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...