Sila klik link bawah...

Wednesday, December 21

Syukur di atas Anugerah dariNya, Alhamdulillah

Salam buat semua,
Syukur Alhamdulillah, Nur dan beberapa orang rakan sejawat telahpun selamat menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2011 anjuran PPD Johor Bahru yang telah berlangsung di Dewan SJKC Kuo Kuang 2, JB tengah hari tadi.

Majlis bermula seawal jam 8 pagi, dan berakhir awal sekitar jam 11.30 pagi. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru, Tuan Haji Bahrom Bin Ali. Sebelum ini, Nur pernah menerima anugerah yang sama pada majlis anjuran pihak sekolah pada bulan Mac yang lepas, entrinya ada di SINI.

Semoga anugerah yang diberi buat diri ini dapat menjadi pendorong dan penguat semangat ke arah meningkatkan prestasi kerja dan juga prestasi anak-anak didik Nur pada masa akan datang, Insya-Allah.




Ucapan oleh Yang Berbahagia Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru, Tuan Haji Bahrom Bin Ali.


Nur dan 2 lagi rakan sejawat dari sekolah yang sama.



Sijil Perkhidmatan Cemerlang yang Nur terima pada tengah hari tadi. Sekalung penghargaan kepada pihak Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru di atas penganjuran majlis ini. Sekali lagi, momen ini akan menjadi satu detik bersejarah yang tak akan dapat kulupakan dan meninggalkan kenangan manis buat diriku sepanjang bergelar pendidik.

Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah atas nikmat kurniaanMu.






13 comments:

  1. tahniah nur.. smga terus cemerlang ..

    ReplyDelete
  2. sy dpt dah lama.thn 2006..mmg rasa happy bila dpt..semangat jer nk buat keja,..huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Tahniah NBA dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2011.

    Semoga terus bersemangat untuk bekerja.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Nur..semoga terus cemerlang selamanya

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah....

    TAHNIAH nur!!
    MOga terus komited dan cemerlang selalu...sekaligus menjadi idola buat anak2 didik Nur...Syabas Nur!

    ReplyDelete
  6. Tahniah Nur....semuga terus cemerlang...:)

    ReplyDelete
  7. tahniah buat Nur.. best tu perasaannya dpt anugerah cemerlang tu..

    ReplyDelete
  8. Tahniah....Syukur Alhamdullilah...semoga akan terus bersemangat dan dimurahkan rezeki dalam segala bentuk...amin...*hugs*

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...