Sila klik link bawah...

Friday, December 23

Terima Kasih Buat Semua dan Teristimewa Buat Kak UmmiRosma

Salam buat semua,
Pertama sekali, Nur ucapkan terima kasih sangat pada rakan2 blogger yang telah memberi ucapan tahniah untuk Nur dan Najwa. Terharu sangat bila mana orang yang kita tidak kenal malah belum pernah berjumpa cuma bersahabat di alam maya telah banyak memberi kata2 dorongan, semangat dan ucapan tahniah. Nur hargai sangat sokongan anda semua dan semua ini telah menceriakan diri ini.

Kali ini, Nur bertambah gembira bila mana terbaca komen yang ditinggalkan oleh rakan blogger yang Nur kenal, iaitu Kak UmmiRosma, rakan maya Nur di Brunei yang sangat rajin mencuba setiap resepi yang Nur pernah kongsikan di blog ni. Nur ni bukannya seorang yang tegar memasak, jadi tak banyaklah resepi yang sering dikongsi di dalam blog ini. Terima kasih Kak UmmiRosma kerana telah linkkan blog Nur dengan resepi chocolate chips cookies tu. Terharu sangat.. Cookies akak nampak sangat sedap.


Ini cookies yang Nur buat bulan Oktober yang lepas. Nak lihat resepinya, boleh klik di SINI



Cookies yang dibuat oleh Kak UmmiRosma bersama dua orang anak-anaknya yang sangat rajin dan comel. Ini ENTRI beliau. Sebelum ini beliau pernah mencuba resepi Bonda Nur, ayam goreng masak kicap lada hitam. Ini resepinya yang telah diterjemah dalam Bahasa Inggeris, klik SINI dan gambar masakan beliau, di SINI.

"Terima kasih banyak kak kerana mencuba semua resepi ni.."



3 comments:

  1. Boleh jugak akak try resepi coklat chips tu. Coklat chips raya pun banyak lebih :-)

    ReplyDelete
  2. nanti akak nak try wat guna resepi ni..:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...