Syukur Alhamdulillah, pagi tadi Nur telah selamat menjalani rawatan akar atau root canal treatment. Rawatan mengambil masa lebih kurang 40 minit. Rasa kebas akibat ubat bius juga telahpun hilang dalam tempoh 3 jam. Doktor menasihatkan agar Nur tidak mengunyah di bahagian gigi yang baru dirawat beberapa jam selepas rawatan dan datang semula untuk pemeriksaan lanjutan dalam tempoh 6 bulan lagi.
Ini merupakan pengalaman kali kedua mengalami rawatan ini. Kali pertama ialah sewaktu Nur masih belajar di universiti. Ada juga yang bertanya apakah punca gigi geraham Nur boleh berlubang? Puncanya ialah akibat tergigit bendasing iaitu serpihan batu di dalam nasi sewaktu makan tengah hari di kantin sekolah pada tahun lepas. Jadi nasihat Nur buat rakan2 semua, silalah pastikan beras yang hendak ditanak bersih daripada sebarang bendasing.
Sedih juga mengenangkan peristiwa tersebut, namun perkara itu dah pun terjadi dan tidak disengajakan. Lepas ni kena lebih berhati2 ketika makan kerana tidak mahu perkara yang sama berulang. Kebetulan seorang daripada rakan sekerja juga mengalami masalah gigi tapi situasi dia berbeza kerana gigi geraham bongsu beliau tumbuh secara condong dan esok beliau perlu ke Hospital Sultanah Aminah untuk menjalani X-ray dan diikuti dengan pembedahan kecil. Ngeri bukan... Memang rakan Nur tu mengalami bengkak yang agak teruk di pipi sehingga mendapat teguran rakan2.
Video tersebut memberi penerangan lanjut tentang rawatan yang Nur jalani.
Kredit : MyHEALTHKKM
(Youtube account : http://www.youtube.com/user/MyHEALTHKKM?feature=watch)
Rasanya itu sahaja coretan untuk hari ni. Mungkin catatan pengalaman ini boleh menjadi panduan untuk semua. Jangan terus mengambil keputusan untuk mencabut gigi yang sakit, ambillah langkah alternatif untuk menjalani rawatan akar atau root canal treatment ini. Sejumlah wang yang anda keluarkan, dapat menyelamatkan sebatang gigi yang tiada galang gantinya.
Sekian, wassalam.
p/s : Kos rawatan ini Nur tidak pasti berapa kerana Nur hanya perlu mengemukakan borang Guarantee Letter (GL). Banyak lagi info kesihatan sebagai panduan kita di laman web ini
Alhamdulillah dah buat ye..tak sakitkan?..
ReplyDeleteJangan lupa lg 6 bulan pergu buat follow up treatment tau..;))
wah..teruk jugak ye..sampai kena buat operation..beras kat malaysia selalu ada batu kecik kat dalam beras. slalu je jumpa. time basuh beras kene basuh betul2 la ek..semoga cepat sembuh & semoga mampu senyum balik!
ReplyDeleteWira Chomel recently posted Eksklusif: Kucing Pertama Berjaya Main Bola di Piala Dunia!
MAHAL RAWATAN GIGI NIE. NASIB OFFICE COVER RM800 SETAHUN.KALAU GG TAKDE MASALAH CUKUP TAPI KALAU ADA MSALAH..MMG TAK CUKUP
ReplyDeleteSekurang-kurang gigi kekal dapat diselamatkan. Benci betul kalau ada bendasing seperti batu didalam nasi. Selalunya terjadi kepada pengunaan beras gred rendah.
ReplyDeletegigi geraham kakyong dah reput & dah buang/cabut pun.. 2-2 belah gigi geraham yg paling hjg , tp bukan geraham bongsu , sbb kakyong memang x pernah ade geraham bongsu.. ;)
ReplyDeleteAslmkm Nur sayang. Oh, tergigit batu pun boleh berlubang ya... nasib juga gigi tu masih boleh di selamatkan.
ReplyDeleteya, saya pun selalu tergigit batu kalau makan nasi.. ekekeke.. apalah prg kantin sekolah tu... tanak nasi pun tak cuci2 bersih..
ReplyDeletehish..sakitnye..
ReplyDeletesakit tak?
ReplyDeleteberapa kosnya?
Assalam nur,
ReplyDeletealahai root canal treatment ya..
akak pun pernah buat dulu..tapi kebetulan time tu pregnantkan anak ketiga yang girl tulah..but because pregnant doc tak berani nak xtray, so dia just agak2 drill, then drill punya drill dah terkena my gums..pulak gigi akak senget so, 2 hari akak menahan kesakitan..last2 pergi govt dental clinic gigi itu akak cabut aje..dah lah terlopong gigi kat bawah sebelum wisdom tooth ni..alahai ingat nak selamatkan gigi supaya jangan rasa ngilu..last2 hilang tak kembali lagi..huhu
alhamdulillah..selamat dah ye..
ReplyDeletennt jgn lupa buat follow up ye..akak pun nk pegi buat check up gak
mana tau ada gigi yg perlu dirawat..last year pegi doc kata takde yg rosak lg
Alhamdulillah, syukur.
ReplyDeleteSenyum, tak perlu kata apa-apa. :-)