Sila klik link bawah...

Sunday, August 12

Giveaway kedua Cik Tom sempena ulangan tahun ke 2.





Source of picture : Google


Apa yang anda tahu tentang buah tomato?
Buah yang banyak khasiat terutama untuk mencantikkan wajah.

Oh apa kena mengena tomato dengan entri hari ni. Hari ni Nur ambil kesempatan untuk turut serta dalam GA kedua dari blog Cik Tom. Untuk tidak menghampakan cik tom yang telah menjemput sendiri Nur untuk turut serta dalam GA beliau kali ni. GA keduanya ini diadakan bersempena ulang tahun ke 2 blog ciktom[dot]com. Cik tom ingin berkongsi rezeki hasil pendapatan blognya kepada semua pelawat blog kesayangannya.

Pencapaian blog cik tom sangat hebat. Dalam masa 2 tahun beliau telah mencapai pagerank 3 sejak dari tahun lepas dan dari segi alexa ranking di Malaysia ialah 303. Hebat bukan.. Menurut cik tom, ini merupakan pencapaian alexa rank terbaik beliau sepanjang 2 tahun beliau berblog. Berikut ada Top 10 Keyword yang paling popular di blog cik tom antaranya ialah tutorial blogspot, apam polkadot, netkl, hilangkan parut, hilangkan jerawat, pengalaman kena denda di sekolah, bidang kerja kerani, resepi ayam, kerja sambilan dan tips.

Nur mengenali Cik Tom ketika beliau mengunakan hosting percuma blogspot dan semasa itu beliau begitu aktif memberikan tutorial mengenai blogspot di blognya. Sekarang ni beliau agak sibuk namun masih lagi meng'update' entri diblognya yang telah bertukar ke hosting berbayar dan menggunakan platform wordpress. Berkelulusan Sarjana Muda Sains Kimia Gunaan dan kini bertugas di salah sebuah institusi pendidikan tinggi di tanah air ini sangat peramah dan sangat suka membantu.

Sebelum ni, Cik tom pernah anjurkan segmen review blog dan blog Cetusan Rasa telah dikomen dan beberapa penambahbaikan telahpun dibuat. INI REVIEW DARI CIK TOM.
Terima kasih Cik Tom.

Cik tom juga sangat sporting dan pernah juga turut serta dalam My Birthday Giveaway 2012 pada bulan Jun yang lepas. Ini entri beliau.




Cik tom meminta Nur memilih entri kegemaran Nur, entri itu berjudul "Majlis Makan Malam Pemenang GA woww 1001 giveaway (Kenangan Terindah Tahun 2012 - Entri Penuh)". Antara entri paling panjang di dalam blog ini menceritakan tentang pengalaman Nur bertemu dengan Kak Ida (Koleksi 1001 Resepi) dan bersama 10 pemenang woww 1001 giveaway anjuran Kak Ida. Penyertaan yang pada asalnya sekadar suka-suka akhirnya telah mempertemukan Nur dengan blogger yang Nur minati iaitu Kak Ida dan 10 orang blogger lain serata negeri serta barisan chef2 terkenal tanahair seperti Chef Dr Ezani, Dato' Chef Ismail, Chef Florence dan Chef Zam.


Gambar kenangan pada malam itu bersama Kak Ida (1001 resepi dot com)


Bersama rakan2 blogger dan chef2 terkenal tanahair.

Sememangnya malam itu menjadi medan untuk merapatkan ukhuwah sesama blogger dari serata pelusuk negeri. Terima kasih buat Kak Ida dan para sponsor pada malam itu iaitu pihak myChef dan Dato' Chef Ismail (tajaan makan malam di Restoren Rebung), pihak Baba's (En Navin dan Puan Wani) dan Dato' Burn. Kenangan malam ini memang Nur tak akan lupakan sampai bila2.




" Rindu sangat dengan rakan2 blogger semua."

Sekian dulu untuk hari ni, Nur ada projek khas. Nak tahu apa..Projek membuat kuih raya. Moga2 menjadi...

Wassalam.

p/s : Jom turut serta sebab tarikh tutup lama lagi iaitu 31 Ogos 2012 dan mungkin lagi awal bergantung pada budi bicara cik tom.Untuk melihat syarat2 sila klik SINI


 “Artikel ini penyertaan bagi giveaway Cik Tom ditaja oleh JebengOtai, Papa Mifz, Amna, Kak Mahh, Dania Eryati, Onlajer, Nazri, Hatiputera, Eiela, Rina Avail, Akhiyy, Hafizul, Puanbee dan KeretaHitam.”


3 comments:

  1. Selamat berjaya dengan penyertaan GA Ciktom. :-)

    ReplyDelete
  2. thanks join kak nur...penyertaan diterima n lulus =)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik...Klik...