Sila klik link bawah...

Sunday, October 14

Menghadiri Program Anjuran UTM


Pemandangan tasik UTM Skudai yang sangat mendamaikan.


Mentari pagi baru menampakkan sinarnya. Pemandangan ini diambil di Fakulti Kejuruteraan Petroleum & Kejuruteraan Tenaga Diperbaharui, UTM Skudai JB. Nur menaiki bas yang disewa bersama pelajar2 dan kami hampir sesat kerana tidak jumpa dewan kuliah N11A.
 
 

Sayup kelihatan Masjid Sultan Ismail UTM.
 (Masa ni bas kami berhenti sebentar sementara menunggu ketibaan AJK yang terpaksa menunjuk arah kepada kami.. sempat juga kurakam gambar ni.. )
 
 

Banner program anjuran UTM. Tahun lepas pun Nur bawa pelajar juga ke program yang sama. Ini entrinya.

 

Gambar di pelantar minyak.



Beberapa slaid Powerpoint yang dikongsi oleh penceramah ketika program berlangsung.
Andai ada di antara anak2 murid yang berminat untuk menjadi jurutera petroleum, boleh klik di SINI dan SINI untuk maklumat lanjut.



Dewan kuliah yang sangat selesa... Eh.. ada yang mengantuk ke...? 



Anak2 muridku bergambar dengan semua peserta dan juga  barisan AJK Program yang terdiri daripada pelajar2 UTM yang begitu bersungguh-sungguh dan kreatif.
 


Jalan agak sesak kerana Majlis Konvokesyen ke-49 UTM sedang berlangsung.


Maaf kualiti gambar agak teruk sebab masa ni dalam kereta yang bergerak. Ketika ni Nur tumpang kereta rakan. Hmmm.. teringat memori lama...
 


Kelihatan beberapa pelajar sedang mengabadikan kenangan bersama ahli keluarga mereka.
 


Selesai sudah dan bermula episod baru dalam alam pekerjaan.

 
Banner.


Cenderahati yang diberikan kepada semua guru pengiring yang hadir.

Nur tak sempat singgah ke tapak pesta konvo kerana hujan lebat pada petang semalam. Ok itu sahaja untuk kali ni. Jumpa lagi di lain entri.

Selamat beristirehat bersama keluarga tercinta. Wassalam.
 

9 comments:

  1. tahniah sampai utm membawa anak2 didik..
    kak sal ke uiam hritu bawa budak2 juga..
    skrg bru dpt rehat sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sal : Tq kak.. Ni macam program rutin setiap tahun. Mesti Kak Sal sibuk untuk program selepas UPSR.. Rehat secukupnya.

      Delete
  2. tq share cerita ye nur

    ReplyDelete
  3. mesti bawak pelajar kelas hadapan ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu Naman : Ini kelas kedua..Ambil subjek Kimia dan lukisan kejuruteraan.

      Delete
    2. Cikgu Naman : Ini kelas kedua..Ambil subjek Kimia dan lukisan kejuruteraan.

      Delete
  4. assalamualaikum nur...bestnya dpt membawa anak didik ke pameran itu.sama2 dpt pengetahuan..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak maszull : Waalaikummussalam kak.. Masa datang sini, ada saje perkara dan info terkini yang dikongsi.. Memang boleh tambah pengetahuan.

      Delete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...