Sila klik link bawah...

Friday, November 2

Blog Tarmizi Shukri




Salam buat semua rakan blogger,
Lama benar Nur tak tulis tentang segmen "Blog Pilihan". Siapakah pula pemilik header yang sangat kreatif dan cantik ni? Seperti yang tertera di atas, laman web ni dimiliki oleh Saudara Tarmizi Shukri. Terima kasih buat Syatoza kerana berkongsi laman web yang sangat menarik ni. Bagi mereka yang mempunyai minat dalam bidang fotografi dan memiliki kamera DSLR, Tarmizi Shukri ada menulis entri mengenai tips untuk mengelakkan daripada dicuri. Anda patut membaca tips ini sebagai langkah berjaga-jaga kerana dewasa ini kerap sangat berlaku kes2 seperti ragut, samun dan sebagainya. Moga kita dijauhkan daripada musibah2 ini. Amin. Anda bolehlah klik di SINI untuk membaca entri beliau.

Bila membaca entri2 beliau yang lepas, Nur baru tahu yang beliau dah pun jual DSLRnya tapi masih meneruskan minat beliau dalam bidang fotografi dengan hanya menggunakan handphone iPhone 3gs. Bagi mereka yang ada akaun Instagram boleh follow beliau dengan search “tarmizishukri”. Bagi yang takde instagram, boleh tengok gambar-gambar instagram beliau di Statigram.

Berikut adalah beberapa entri beliau yang menarik :
DSLR untuk beginner
40 Tips Fotografi Wajib Baca
10 Tips Penjagaan Kamera
3 Asas Fotografi yang Perlu Korang Baca

Ok itu sahaja perkongsian untuk hari ni. Hari ni pelajar2 Tingkatan 5 terlibat dengan sesi menyusun kerusi meja untuk persediaan SPM dan Majlis Restu Ilmu. Minggu depan dan bermulanya peperiksaan SPM. Moga anak2 didik Nur dapat menjawab dengan baik dan memperoleh keputusan cemerlang. Amin.

Sekian, jumpa lagi di lain entri. Wassalam.

18 comments:

  1. Salah sstu blog rujukan saya. Sedih bila mengetahui beliau telah menjual kamera DSLR kesayangan beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Azrin : Oh ye ke.. Saya baru je mengikuti entri2 beliau.. Ada masa terluang nanti memang kena baca entri2 lama blog ni..

      Delete
  2. Replies
    1. Kak ieda : Silakan jangan malu2.. :)

      Delete
  3. semoga dipermudahkan untuk anak didik Nur tu ya, Aminnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sari Yusa : Tq kak..Amin. Mudah2an mereka dapat menjawab dengan baik.

      Delete
  4. Replies
    1. Kak KA : Ok kak..boleh singgah bila free.

      Delete
  5. assalamualaikum nur...boleh terjah pas ni n semoga anak murid nur berjaya menjawab dgn baik dlm peperiksaan mereka nanti...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Maszull : Waalaikummussalam kak. Jom terjah.. Tq kak kerana mendoakan mereka.. :)

      Delete
  6. assalam Nur..acik tak ada DSLR..dah tentu tak faham walaupun baca.
    semlamat buat anak2 didik nur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Acik Erna : Wslm kak.. Takpe kak..
      Tq kak atas ucapan akak tu.. :)

      Delete
  7. salam Nur...

    bila Nur tulis pasal dah start susun kerusi, hati akak yg berdebar2.. teringat kat my17 di maktab Melaka sana...mudah2an semuanya dipermudahkan oleh Allah swt kan....

    Nur, timekasih sudi ke pondok akak...tak terjawab rasanya kesemua komen2 Nur...jangan serik ziarah ya cikgu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Queenie : Wslm kak.. Mudah2an kak.. berkat doa akak, anak akak dapat menjawab dengan baik.

      Sama2 kak. Tak seriklah.. erk..jangan la panggil cikgu..formal sangat tu.. :)

      Delete
  8. baru tengok...memang cantik dn kemas..smart..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sal : Memang bloh ni banyak info.. Blognya pun kemas dan tersusun..

      Delete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik...Klik...