Sila klik link bawah...

Friday, November 30

Terima Kasih buat Semua Pengunjung Blog-blogku

 
Salam buat semua,

Sekejap benar masa berlalu, tahun 2012 bakal meninggalkan kita. esok dah masuk 1 Disember. Petang tadi Nur sempat jengah akaun Nuffnang Nur. Malam ni Nur ingin berkongsi sikit dalam blog ni sebagai kenangan peribadi.
 
 
Masa belek bahagian pageviews bulan November 2012 untuk Blog Cetusan Rasa .. Boleh tahan ramai juga pengunjung yang datang dan membelek2 entri  di dalam blog CR ni.. Jumlah views hampir 12 ribu views..
 
 
 
Untuk blog Nur yang satu lagi iaitu blog Blog All About Science , pageviews bulan November 2012 pula mencatat angka yang jauh lebih tinggi iaitu sebanyak 22 ribu views.... Sangat terkejut dengan angka ni.. Unique visitor sahaja seramai 9102 visitors pada bulan lepas. Berkemungkinan besar mereka ni ialah calon2 SPM dari serata negeri yang mencari tips2 dan soalan Percubaan Negeri untuk subjek yang sedang mereka duduki. Atau boleh jadi ada juga guru yang menyediakan bahan p&p mereka untuk sesi persekolahan tahun 2013...
  
 
 

 
Jom tengok jumlah visitor pula.. Blog Cetusan Rasa mencatat pengunjung seramai 6823 orang sepanjang bulan November 2012.
 
 Dan sekali lagi, Blog All About Science mencatat bilangan pengunjung yang sangat ramai iaitu 9052 orang sepanjang bulan November 2012. Ini semua penangan demam peperiksaan SPM.. Setidak-tidaknya dalam  Blog All About Science ni mereka boleh dapatkan link2 yang bermanfaat untuk subjek tertentu.
 
 
 
Majoriti pengunjung kedua-dua blog datang dari Malaysia. Ada sesiapa yang tahu singkatan negara berikut :  IN, ID, SA, CA dan EG?
 
Tekaan Nur,  IN mungkin Indonesia dan ID mungkin India. eh ye ke...
 
.
.
.
.
 
Bila klik bahagian earnings,
 
Syukurlah blog Cetusan Rasa ni ada satu BE dari Nuffnang yang melekat di sini hampir sebulan.. Pendapatan sampingan dari blog ni tidak sehebat mana pun.. namunku tetap bersyukur..
Terima kasih Nuffnang.
 
 
Pada semua yang membaca, entri ini adalah sekadar untuk catatan peribadi. Mungkin ia juga boleh jadi salah satu motivasi untuk diri sendiri agar sering mengemas kinikan blog. 
 
Tidak dinafikan, melalui blog mampu menjadi medan untuk menambahkan kenalan dan telah pun mempertemukan Nur dengan ramai rakan2 yang baik hati dan peramah.
 
Walaupun tidak mengenali dengan lebih dekat dan tidak pernah bertemu empat mata tapi kehadiran rakan2 maya amat menceriakan hari-hariku.
 
Besarlah harapanku, agar lebih ramai yang mendapat manfaat dan menggunakan setiap perkongsian bahan di blog2 yang Nur bangunkan untuk kebaikan bersama.  
 
Terima kasih buat semua pengunjung dan teman2 blogger yang rajin bertandang ke blog ni dan sudi meninggalkan komen. Tanpa anda, mungkin blog2 ini tidak akan bertahan sampai ke hari ini.
Terima kasih semua atas sokongan anda dan kesudian anda bertandang dan membaca entri ini. Sekian, wassalam.
  
Credit picture : Google search
 
p/s : Esok akan ada agenda menarik yang bakal Nur hadiri dengan rakan2 blogger Johor. Insya-Allah Nur akan kongsikan entrinya nanti.. Selamat berhujung minggu buat semua..
 
 

24 comments:

  1. tahniah Nur..

    Memang betul tu dik, khdiran rakan2 maya mmng mnceriakan hidup kita..walau tak pernah bersua muka, tapi terasa sngat akrab...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak MP : Tq kak.. Memang betul tu kak.. Bilalah Nur nak dapat jumpa Kak MP.. :)

      Delete
  2. tahniah dear...

    blog akak mmg dah terbiasa sunyi hihihi...
    selamat berjimba2 esok ya, kirim salam kat kawan2 semua! berhati2 dijalanraya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Queenie : Tq Kak Q.. InsyaAllah akan Nur sampaikan.. ;)

      Delete
  3. Replies
    1. Kak WC : Tq kak.. eh kurang tepat tu kak.. Lebih kepada nak berjumpa & berkenalan dengan rakan blogger selatan dan blogger dari KL.. Kebetulan Ben Ashaari pun datang juga..

      Delete
  4. blog wak jugak yg X fofuler uoolss.. uuHUUu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak Gelas : Ala wak.. Jangan la merendah diri gitu.. Ni pun kebetulan je..

      Delete
  5. Assalam nur..tahniah..ramapi pengunjung ke blog nur..
    acik menunggu..nur akan bertemu blogger dari selatan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Acik Erna : Wslm.. Tq Kak Acik.. Betul tu kak..Nur dah update entrinya.

      Delete
  6. Replies
    1. Kak Kartini : Tq Kak Kartini.. sayang akak.. ♥

      Delete
  7. hai nur,
    selamat pagi, tahniah dan semoga blog awak terus maju pada tahun 2013.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Donny Ien : Hi Donny.. Tq for your wishes.. :)

      Delete
  8. as salam

    tahniah, seronok tgk pv orang..moga terus sukses:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Tihara : Wslm kak.. Tq kak..Memang tak sangka, ramai juga yg singgah ke mari sejak akhir2 ni.

      Delete
  9. bestnya kak, ramai tu...go go chaiyok... amik semangat dari akak...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Salmi Khairil : Tq Salmi.. Bila tengok statistik tu buat kita lebih bersemangat!.. Chayok!

      Delete
  10. tahniah ...jumlah pageview itu merupa terapi minda yg membuat tuan punya blog bersemangat kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nieda Ramly : Tq kak.. betul tu kak. Satu motivasi untuk kita lebih rajin update blog.. :)

      Delete
  11. Replies
    1. Love : Tq Love.. Tq for your support!..

      Delete
  12. Walaupun CPUV satu ia tetap mantap. :-)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik...Klik...