Sila klik link bawah...

Monday, December 17

Siapa tahu nama burung ni?

Salam buat semua,
Apa khabar semua? Nur harap semuanya sihat. Terima kasih buat semua rakan blogger yang tinggalkan komen. Buat Kak Aziela, akak suka gambar pemandangan ye.. Nur ada banyak tau.. Sabar ye.. Buat rakan2 lain yang singgah dan meninggalkan komen, terima kasih banyak ye..
 
Minggu terakhir tahun 2012 ni tentu ada di kalangan rakan2 yang menghabiskan cuti yang ada untuk pulang ke kampung. Minggu ni juga merupakan minggu terakhir buat cikgu2 untuk bercuti.. Selepas cuti perayaan Krismas nanti kami semua dah mula bermesyuarat dan memulakan tugas2 untuk sesi persekolahan 2013.
 
Memandangkan Nur masih lagi di kampung. Di sini ada beberapa gambar lagi yang nak dikongsi. Sedang Nur menikmat pemandangan pagi yang indah, ternampak kelibat burung sayup2 di atas dahan pokok yang sudah mati. Cepat2 meminta anak saudara mengambil kamera di dalam rumah. Jarang nampak burung ni di sekitar kawasan rumah bonda. Dari jauh nampak ekornya yang cantik...
 
 
 Sayup kelihatan burung ini hinggap di atas dahan pokok yang telah mati.
 
 
 
Ini hasil close-up gambar burung ni..
Tak tahu namanya.. Ada rakan yang kenal spesies burung ni?
 
  *******************************************************************************
UPDATED : 
Terima kasih buat Kak ibuintan kerana memberitahu nama kedua2 burung ni.. Burung ni suami Kak ibuintan kata namanya burung bubut.
 
 
 *******************************************************************************
 
 
 
 
Beberapa minit kemudian, pasangannya pula hinggap di dahan berhampiran.
 
 
Ini gambar secara dekat.. Memang tak sangka dapat juga kutangkap gambar ni..
 
 
Ada lagi.. ini pula gambar burung yang hinggap sayup2 pada wayar telefon..
 
 

Sedang asyik dia berehat..

 
Burung apa ni? Bab2 nama burung memang daku tidak mahir..
 



Tak lama burung ni berpusing arah.. Macam tahu aksinya dirakam di lensa kameraku.. hehe


Bulu di bahagian belakang badannya berwarna kuning..
 

 
  *******************************************************************************
 
UPDATED :
Burung ini pula menurut suami Kak ibuintan namanya burung merbah jambul, tapi Nur rasa bukan sebab bila diteliti rupanya agak berbeza sedikit. Ini info mengenai burung merbah jambul.
 
Bila Nur search di internet dan cari gambar2 yang hampir serupa berkemungkinan besar nama burung ni ialah burung merbah kapur.
 Cuba lihat gambarnya di SINI, sama kan..
 
 
Ini video burung merbah kapur yang sempat Nur rakamkan pagi Ahad lepas.
 
 
Apa2 pun terima kasih banyak buat suami Kak ibuintan atas pertolongan yang diberi.
 
 *******************************************************************************
 
Rasanya itu saje untuk malam ni.. Nanti Nur kongsi gambar2 lain ye.. 
Jangan jemu dan bosan datang blog ni ye..
Sekian wassalam..
 


9 comments:

  1. First time tengok burung ni..mungkin burung penghijrah.

    ReplyDelete
  2. cantik burung tu Nur... suami akak kata burung yg atas sekali burung bubut dan yang bawah tu burung merbah jambul

    walahuaklam

    ReplyDelete
  3. akak pun tak tahu nama jenis2 burung....seronok melihat dia berterbangan

    ReplyDelete
  4. OKJe ni memang buta nama burung!heee

    ReplyDelete
  5. Pelajaran utk hari ni...mengenali spesisi burung ☺☺

    ReplyDelete
  6. x berapa nk kenal nama2 burung ni hehehehe

    ReplyDelete
  7. Nur...masa sy kecik2 dulu kat rumah bonda selalu nampak burung butbut tu...tapi skrg jarang nampak lagi...

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum nur...cantik gambar2 burung tu dr x kenal boleh kenal jenis burung...;)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik...Klik...