Sila klik link bawah...

Wednesday, June 15

Thank you buat semua followers

Salam.
Selamat malam semua.
Dah bersawang2 blog tak berupdate..
Maaf ye semua tuan rumah tersangat la sibuk..


Minggu ni penuh dengan mesyuarat. Petang tadi mesyuarat Acara Akhir Sebelum Sukan dan pada hari esok perlu menghadiri mesyuarat post mortem PMR. Sabtu ni dapat lagi tugas baru. Nur perlu mengendalikan LDP Kursus Membina Blog buat guru2 di sekolah. Minggu hadapan bakal menyusul mesyuarat post mortem SPM, acara akhir sebelum sukan dan Hari Terbuka.. 30 Jun nanti bakal berlangsung Hari Sukan. Padat sungguh program di bulan Jun ni.

Anak2 muridku yang cukup rajin hadir kelas tambahan..
Dari kiri : Yusni Fatin, Farah Nadia, Syafiqa dan Jamilah.. Tahniah sebab dapat hadirkan diri.. Cikgu doakan kalian berjaya dengan cemerlang dalam SPM nanti..

 
Kelas tambahan pada hari semalam masih terus berjalan seperti biasa walaupun kehadiran sangat tidak memuaskan.

Credit picture : here


Namun, terasa seronok sangat hari ni sebab Kak Ummi Rosma ada tinggalkan mesej yang beliau dah mencuba resepi Bonda Nur ( ayam goreng masak kicap lada hitam) dan dah buat entri khas dalam English untuk dikongsi dengan rakan-rakan blog beliau. TQ sis.. Seronok sangat..

Buat semua yang sudi menjadi follower blog Nur, terima kasih diucapkan..
Angka yang cukup cantik.. 333.
Nur amat menghargai kunjungan kalian. Ada kesempatan Nur datang ziarah blog2 kalian pula ye.

Terima kasih atas kunjungan anda semua.

Ok, Nur masih perlu menyiapkan post mortem peperiksaan pertengahan tahun untuk mesyuarat esok.
Jumpa lagi nanti.



Print screen sehingga jam 11.27 malam, 15 Jun 2011.

Terima kasih buat semua follower blogku...

5 comments:

  1. cikgu nur..
    ayu sangat2 memahami kerjaya sebagai seorang guru

    ayu mendoakan kesejatheraan mu..

    ReplyDelete
  2. Selamat mengajar kembali ya Nur...

    Yelah ramai yg terliur nak cuba resepi Bonda Nur tu...sedapppp tau =)

    ReplyDelete
  3. Selamat mengajar kak Nur... :)

    ReplyDelete
  4. Buat Ayu @ Citarasa Rinduan,
    Terima kasih banyak Ayu atas doamu itu.. Moga Allah merahmati dirimu selalu...

    Buat Nadiah Sidek,
    Sayanggggg Nadiah.. :)

    Buat Kak UmmiRosma,
    Alahai kak... Terharu Nur mendengarnya.. TQ so much..

    Ni yg nak balik kg lagi nih... hehehe.. TQ sebab linkkan blog Nur..

    Buat Ijan,
    Terima kasih Ijan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik...Klik...