Salam buat semua,
Ini sambungan kisah pertemuan hari Sabtu lepas. Balik dari kunjungan kami ke Sedenak, Nur, Rina AVAIL, GB dan Daddy Ziyyad sekeluarga sempat singgah ke rumah Kak Zakie. Sekali lagi kami semua dijamu dengan trifle... Tapi kali ni hasil air tangan Kak Zakie dan juga puding cocktail berkuah (eh betul ke namanya.. Maaf ye Kak Zakie, kalau salah...). Memandangkan perut kami masih lagi kenyang penangan menu2 lazat di rumah Cik Mat Gebu, kami lebih kepada sambung sesi bersembang cuma di lokasi yang berbeza. Semasa bersembang tu barulah Nur dapat tahu yang adik kedua Daddy Ziyyad, Noli pernah bertugas di sekolah Nur sebagai guru interim. Kecil kan dunia ni..
Kami semua dibekalkan dengan beberapa ulas pisang kaki (persimmon fruit). Inilah kali pertama Nur makan buah ni dan rasanya boleh tahan juga.
Rupa-rupanya banyak khasiat pisang kaki ni :
Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos,
sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat
berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah
dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan
sedu.
Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung
Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung
Kredit : SINI
Atau anda boleh klik di SINI untuk baca lebih banyak khasiat buah ni.
Hari tu lupa nak kongsikan gambar ni dalam entri. Ini adalah sebahagian daripada koleksi pinggan-mangkuk yang ada di rumah Cik Mat Gebu. Tersusun rapi dan kemas kesemua barangan kaca di dalam almari tu.
Ini almari kedua.. Memang banyakkan... Kalau nak lihat lebih jelas, boleh lihat dalam entri Daddy Ziyyad.
Gembiranya hari ni Cik Mat Gebu sudi jadi follower ke 739 blogku ini.
Terima kasih Cik Mat Gebu.
Rasanya itu sahaja entri untuk hari ni.. Terima kasih pada semua yang sudi singgah dan tinggalkan komen di blog ni. Nanti Nur blogwalking ke blog rakan2 lain ye.. Nantikan komen Nur di blog kalian.. Insya-Allah.
Jumpa lagi di lain entri. Sekian, wassalam.
wahhh blogger fofuler semuanyer tuuu kan makk.. eHHHee
ReplyDeleteWak Gelas : Tak semua popular.. Cik Mat Gebu dengan Ben Ashaari tu memang blogger famous.. Kami ni blogger biasa2 je Wak..
DeleteSampai tergolek-golek bawah sofa pisang kaki tu ye Nur hihi...
ReplyDeleteKak Zakie : Sorry la.. sampai tergolek bawah kerusi buah tu.. Excited sangat!
Deleteseronoknya berjumpa dgn rakan2 blogger ....
ReplyDeleteMunna : Mestilah seronok..
Deleteyang ini ayu jeles....
ReplyDeletetak nak geng
Ayu Citarasa Rinduan : Hehe.. Jangan la merajuk.. nanti cepat tua..:)
DeleteSeronoknya Nur....
ReplyDeleteKak Aziela : Seronok kak.. sama macam jumpa akak dan rakan2 lain kat Restoren Rebung dulu.:)
Deletehahaha..saya pun seronok berborak kat rumah kakzakie, sampai terlupa nak ambik gambar kat situ...Pisang kaki tu best jugak kan...
ReplyDeleteDaddy Ziyyad : Kamera Doc tak keluar petang tu.. Ok la, first time merasa makan pisang kaki..
DeleteOh ya, adik saya kirim salam pada Cikgu Nur..:)
ReplyDeleteDaddy Ziyyad : Waalaikummussalam.. :)
Deletepisang kaki yang dah dikeringkan pun sedap... akak admire sungguh dgn koleksi pinggan mangkuk CMG tu...
ReplyDeleteKak ibuintan : Oh ye ke kak.. Tak pernah jumpa lagi tu.. Kami yang tengok ni, lagi terpegun..banyakkkkk...
Delete1st time tgk pisang kaki.
ReplyDeleteXsangka plak persimmon tu pisang kaki..
Sb ada tgk dlm cite korea, mmg makanan raja2 la persimmon ni..
Teringin nk try..nti nk cr lah ;)
Ermie Dharlya : Lama tak nampak Dahlia.. Ye..persimmon tu nama Melayunya 'pisang kaki'.. Cubalah ye.. Pokoknya tidak ditanam di Malaysia..
Deleteseronok kan..x per tunggu keta baru akak kuar tahun depan..sure leh join gathering mcm ni..kan?
ReplyDeleteKak Amanda Suria : Memang seronok.. Wah boleh join nanti..bawa kereta baru akak tu.. InsyaAllah boleh jumpa..tapi kena berpakat dan contact each other..
Deletedan saya menjadi followers yang ke 740 .. terima kasih kerana sudi baca dan komen entri2 lama saya.
ReplyDelete* saya belum penah lagi makan pisang kaki ini .. kalau terjumpa nanti mahu juga nak beli sebiji dua.
Pak Ngah (al-lavendari) : Terima kasih Pak Ngah sebab sudi jadi follower blog ni.. Sama2, saya kalau sempat rajin juga baca entri Pak Ngah yang lama2...
DeletePak Ngah kena cuba tu.. Ok juga rasanya.. Sedap!
pelikkan namanya pisang kaki? tak mcm pisang..banyaknya koleksi CMT tu...
ReplyDeleteKak WC : Memang tak rasa seperti pisang.. Seakan2 epal.. tapi. hmm akak cubalah rasa ye. Tak pandai nak describe.. Memang banyak kak, cantik2 pulak tu..
Deleteassalamualaikum nur...wah seronoknya lepas rumah cik mat rumah kakzakie pula yer...:)
ReplyDeleteKak Mas Zull : Waalaikummussalam kak.. Memang kak, lepas ke Sedenak, kami singgah sekejap ke rumah Kak Zakie.
DeleteAlaa...mcm jeles pulak baca entry nur ni. Minggu depan ni akak turun JB, Nur kat mana? akak janji nak jumpa Sariyusa, ingat nak jumpa Nur juga tapi boleh ke? akak kejap je kat JB dlm 2 hari. Lepak rumah adik ipar di Bandar Baru Uda. Nanti akak sms Nur.
ReplyDeletePisang kaki tu buah favourite akak tapi mahal bebeno.
Kak Zana@pb : Alahai jangan la jealous.. Nanti akak contact Nur ye..
DeletePisang kaki ni Nur tak pernah beli, jadi tak tahulah berapa harganya..
puding triffle tu nampak sedap!! Pisang kaki favouriteku..
ReplyDeleteKak Sari : Sedap kak.. cuma kaki masih kekenyangan dan tak larat nak makan lagi. Oh ye ke..
Deleteopss silap.. cuma kami** ..tersilap taip la pulak..
Deleteizan dulu2 pun pelik n tak pernah tau rasa pisang kaki ni. ada rasa pisang ke? sekali dah rasa...alahai..best sangat!
ReplyDeletesyoknya mama nur dah sampai rumah CMG n KakZakie ye... puding trifle tu bikin daku terliur~
Izan Ishak : Memang pelik juga masa first time makan.. rasa dia akan2 epal..
DeleteIzan.. just call me Kak Nur je tau.. Memang seronok..Dua2 pandai masak trifle.. :)
vah2 seronoknyer !
ReplyDeleteKak KA : Oh sudah tentu.. :)
Delete*thumbs up!! bestnye jumpa kawan2 blogger :))
ReplyDelete