Sila klik link bawah...

Tuesday, December 4

Kunjungan Singkat ke Rumah Rakan Blogger

 


Salam buat semua,
Ini sambungan kisah pertemuan hari Sabtu lepas. Balik dari kunjungan kami ke Sedenak, Nur, Rina AVAIL, GB dan Daddy Ziyyad sekeluarga sempat singgah ke rumah Kak Zakie. Sekali lagi kami semua dijamu dengan trifle... Tapi kali ni hasil air tangan Kak Zakie dan juga puding cocktail berkuah  (eh betul ke namanya.. Maaf ye Kak Zakie, kalau salah...). Memandangkan perut kami masih lagi kenyang penangan menu2 lazat di rumah Cik Mat Gebu, kami lebih kepada sambung sesi bersembang cuma di lokasi yang berbeza. Semasa bersembang tu barulah Nur dapat tahu yang adik kedua Daddy Ziyyad, Noli pernah bertugas di sekolah Nur sebagai guru interim. Kecil kan dunia ni..
 

Inilah dia trifle versi Kak Zakie. Terlupa nak ambil gambar puding cocktail berkuah tu... gara2 ralit bersembang.
 
 

Kami semua dibekalkan dengan beberapa ulas pisang kaki (persimmon fruit). Inilah kali pertama Nur makan buah ni dan rasanya boleh tahan juga.
 
 
Rupa-rupanya banyak khasiat pisang kaki ni :
 
Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu.

Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung
 
Kredit : SINI
 
Atau anda boleh klik di SINI untuk baca lebih banyak khasiat buah ni.
 
 
Inilah rupa biji buah pisang kaki..
 
 
 
 
Hari tu lupa nak kongsikan gambar ni dalam entri. Ini adalah sebahagian daripada koleksi pinggan-mangkuk yang ada di rumah Cik Mat Gebu. Tersusun rapi dan kemas kesemua barangan kaca di dalam almari tu.
 

 
Ini almari kedua.. Memang banyakkan... Kalau nak lihat lebih jelas, boleh lihat dalam entri Daddy Ziyyad.
 
 
 
Gembiranya hari ni Cik Mat Gebu sudi jadi follower ke 739 blogku ini.
Terima kasih Cik Mat Gebu.
 
 
Rasanya itu sahaja entri untuk hari ni.. Terima kasih pada semua yang sudi singgah dan tinggalkan komen di blog ni. Nanti Nur blogwalking ke blog rakan2 lain ye.. Nantikan komen Nur di blog kalian.. Insya-Allah.
 
Jumpa lagi di lain entri. Sekian, wassalam.

36 comments:

  1. wahhh blogger fofuler semuanyer tuuu kan makk.. eHHHee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak Gelas : Tak semua popular.. Cik Mat Gebu dengan Ben Ashaari tu memang blogger famous.. Kami ni blogger biasa2 je Wak..

      Delete
  2. Sampai tergolek-golek bawah sofa pisang kaki tu ye Nur hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zakie : Sorry la.. sampai tergolek bawah kerusi buah tu.. Excited sangat!

      Delete
  3. seronoknya berjumpa dgn rakan2 blogger ....

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Ayu Citarasa Rinduan : Hehe.. Jangan la merajuk.. nanti cepat tua..:)

      Delete
  5. Replies
    1. Kak Aziela : Seronok kak.. sama macam jumpa akak dan rakan2 lain kat Restoren Rebung dulu.:)

      Delete
  6. hahaha..saya pun seronok berborak kat rumah kakzakie, sampai terlupa nak ambik gambar kat situ...Pisang kaki tu best jugak kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daddy Ziyyad : Kamera Doc tak keluar petang tu.. Ok la, first time merasa makan pisang kaki..

      Delete
  7. Oh ya, adik saya kirim salam pada Cikgu Nur..:)

    ReplyDelete
  8. pisang kaki yang dah dikeringkan pun sedap... akak admire sungguh dgn koleksi pinggan mangkuk CMG tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ibuintan : Oh ye ke kak.. Tak pernah jumpa lagi tu.. Kami yang tengok ni, lagi terpegun..banyakkkkk...

      Delete
  9. 1st time tgk pisang kaki.
    Xsangka plak persimmon tu pisang kaki..
    Sb ada tgk dlm cite korea, mmg makanan raja2 la persimmon ni..

    Teringin nk try..nti nk cr lah ;)


    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermie Dharlya : Lama tak nampak Dahlia.. Ye..persimmon tu nama Melayunya 'pisang kaki'.. Cubalah ye.. Pokoknya tidak ditanam di Malaysia..

      Delete
  10. seronok kan..x per tunggu keta baru akak kuar tahun depan..sure leh join gathering mcm ni..kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Amanda Suria : Memang seronok.. Wah boleh join nanti..bawa kereta baru akak tu.. InsyaAllah boleh jumpa..tapi kena berpakat dan contact each other..

      Delete
  11. dan saya menjadi followers yang ke 740 .. terima kasih kerana sudi baca dan komen entri2 lama saya.

    * saya belum penah lagi makan pisang kaki ini .. kalau terjumpa nanti mahu juga nak beli sebiji dua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Ngah (al-lavendari) : Terima kasih Pak Ngah sebab sudi jadi follower blog ni.. Sama2, saya kalau sempat rajin juga baca entri Pak Ngah yang lama2...

      Pak Ngah kena cuba tu.. Ok juga rasanya.. Sedap!

      Delete
  12. pelikkan namanya pisang kaki? tak mcm pisang..banyaknya koleksi CMT tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak WC : Memang tak rasa seperti pisang.. Seakan2 epal.. tapi. hmm akak cubalah rasa ye. Tak pandai nak describe.. Memang banyak kak, cantik2 pulak tu..

      Delete
  13. assalamualaikum nur...wah seronoknya lepas rumah cik mat rumah kakzakie pula yer...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mas Zull : Waalaikummussalam kak.. Memang kak, lepas ke Sedenak, kami singgah sekejap ke rumah Kak Zakie.

      Delete
  14. Alaa...mcm jeles pulak baca entry nur ni. Minggu depan ni akak turun JB, Nur kat mana? akak janji nak jumpa Sariyusa, ingat nak jumpa Nur juga tapi boleh ke? akak kejap je kat JB dlm 2 hari. Lepak rumah adik ipar di Bandar Baru Uda. Nanti akak sms Nur.

    Pisang kaki tu buah favourite akak tapi mahal bebeno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zana@pb : Alahai jangan la jealous.. Nanti akak contact Nur ye..

      Pisang kaki ni Nur tak pernah beli, jadi tak tahulah berapa harganya..

      Delete
  15. puding triffle tu nampak sedap!! Pisang kaki favouriteku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sari : Sedap kak.. cuma kaki masih kekenyangan dan tak larat nak makan lagi. Oh ye ke..

      Delete
    2. opss silap.. cuma kami** ..tersilap taip la pulak..

      Delete
  16. izan dulu2 pun pelik n tak pernah tau rasa pisang kaki ni. ada rasa pisang ke? sekali dah rasa...alahai..best sangat!

    syoknya mama nur dah sampai rumah CMG n KakZakie ye... puding trifle tu bikin daku terliur~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izan Ishak : Memang pelik juga masa first time makan.. rasa dia akan2 epal..

      Izan.. just call me Kak Nur je tau.. Memang seronok..Dua2 pandai masak trifle.. :)

      Delete
  17. vah2 seronoknyer !

    ReplyDelete
  18. *thumbs up!! bestnye jumpa kawan2 blogger :))

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di dlm blog ini... Harap sudi singgah lagi.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...